Tips ‘Nakal’ Menabung Versi Eyriqazz

As salam,

Sebelum ini saya ada kongsikan Tips Tabung Bunian, memang berkesan tips ini yang telah saya praktikkan untuk ketiga-tiga anak saya. Anak sulung misalnya, usia nak masuk 6 tahun, sudah ada simpanan dalam RM15k+ dengan amalkan tips tabung bunian tersebut.

Kali ini, saya nak kongsikan pengalaman peribadi, Tips “Nakal” Menabung versi eyriqazz. Saya praktikkan dan not bad juga hasilnya. Setiap bulan dapatlah menabung dalam RM100 lebih kurang dari tips kedua ini.

Tips Menabung Duit Syilling

Tips Nakal ini, saya menabung duit syilling dengan sedikit modifikasi dengan cara mengumpul duit tersebut i.e. –

1) Setiap hari saya akan kumpulkan duit syilling. I.e. kalau beli air teh o ais RM1.20, walaupun saya ada dua puluh sen dalam poket, saya akan cakap dekat pemilik kedai, sorry, takde duit syilling. So dapatla additional RM0.80 duit syilling. Walau seposen pun, saya tetap cakap takde duit syilling. Kadang-kadang untung, dapat waivekan RM0.10 or RM0.20 dari peniaga yang bermurah hati.

Contoh di atas hasil untuk weekend semalam. Dari pagi beli surat khabar, roti canai, lunch etc, setiap kali membeli, ada duit syilling cakap takde duit syilling. Hehehehe.

IMG_9204

Hasilnya, dapatla average duit syilling dalam RM2-RM5 sehari. Sehari ambil contoh RM4, sebulan sudah RM120 kan? Setahun sudah RM1,440. Kalau sepuluh tahun? Sudah dalam RM14K belum termasuk dividen etc. Itu baru saving dari duit syilling versi nakal. Versi kurang nakal? Fikirkanla sendiri.

Nak menabung ni, kena ada disiplin dan hati kena kental. Kalau boleh, duit masuk, kasi susahkan nak keluar. In Shaa Allah, makin bertambah saving tersebut.

P.s : Amcam, ok tak tips menabung versi ‘nakal’ eyriqazz ni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Tips ‘Nakal’ Menabung Versi Eyriqazz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.