Berkongsi informasi yang dikongsikan oleh salah seorang agent hartanah yang saya berurusan, Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah (low cost) di Negeri Selangor :
- Warganegara Malaysia (Pass)
- Berumur 18 tahun ke atas (Pass)
- Bermastautin atau bekerja di negeri Selangor (Fail)
- Satu keluarga satu permohonan saja (Pass)
- Pemohon atau Suami/Isteri pemohon belum memiliki rumah samada melalui projek kerajaan atau swasta; (Fail)
- Pendapatan bulanan seisi rumah (berkahwin/bujang) – gaji pokok tidak melebihi RM3,000 bagi permohonan rumah baru (Under construction) dan RM5,000 rumah subsale (Fail juga)
Bagi yang berkelayakan, memang saya syorkan rumah pertama belila rumah low cost. Potential return on investment agak tinggi dan biasanya mampu menjana positif cash flow. Seelok-eloknya, awal-awal kerja dan sebelum kahwin belila rumah low cost.
Dalam Pelaburan Hartanah, ilmu itu penting. Bagi yang nak berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah , saya sarankan dapatkan dan belajar dan saya rekomenkan :
Bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di 0139263127
Pada pandangan saya, rumah kos rendah ni elok lah diberi peluang kepada pembeli2 yang memang memerlukan. Investor saya rasa elok cari hartanah kos rendah yang bukan dalam lingkunagn skim2 macamni, hanya pendapat peribadi. Terima kasih
Setuju…saya memang tak beli low cost…
belilah rumah apa pun kan, asalkan dalam bajet, kenalah ukur baju di badan sendiri
siti hazreen recently posted…Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015
Betoi2…
Rumah low cost dapat kat golongan yang memang tak mampu beli rumah, dah sangat syukur dah
sabree hussin recently posted…Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermula
Setuju….Bagi yang belum beli rumah, mulakan dengan simpanan i.e. utk digunakan bayar deposit dan legal fees ketika beli rumah nanti..Estimated around 15% dari harga property yang bakal dibeli….
eyriqazz recently posted…Property Hunting – Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang
Gua no.2 tu tak lepas. Hmmm..
Hafiz Rahim recently posted…Pelaburan Hartanah: 5 Teknik Rahsia Terbongkar!
Cet..bro bukan dah 45 tahun ke?
eyriqazz recently posted…Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah di Negeri Selangor
Peluang mereka yang cukup syarat untuk mendapat tempat untuk berteduh.
akubiomed recently posted…4 usb port Ldnio travel charger penyelamat gajet nyawa-nyawa ikan
Yup..tapi ramai yg tak lepas nak sediakan 10% deposit dan legal fees…. berapa ramai yang mampu menabung di zaman penuh mencabar skangni..
Kalau combine income suami dan isteri RM5007 agak2 blh kasi lepas tak? Subsale rumah kos rendah blh gune duit KWSP as deposit&legal?
boleh rasanya dan yes..dengan syarat rumah pertama
kalau low cost kl same ke ngn selangor syarat2 nye?
KL and selangor lain…
Tiada rumah di selangor. Di melaka ada rumah, tapi sekarang suami dan saya menetap di selangor. Lepas ke nak beli rumah low cost di selangor (subsale)?
Rumah kos lain, x mampu nak beli
Amin..semoga dipermudahkan
Salam, saya ada satu kes, adik sendiri beli rumah Subsale di flat Pandan Jaya dari bapa kandung, Bila dah setahun… urusan jual beli masih belum selesai,.. dan tiba2 lawyer bagitau, pada adik sy yang rumah tersebut adalah rumah Low Cost dan adik sy x layak beli sbb lahir di KL, menetap di Sarawak (ikut suami), Suami dia org Kelantan. Dan kedua2 mereka tidak pernah bekerja dan menetap di Selangor.
Segala fee sbyk RM7000 dan pun dibayar kpd lawyer sebelum ini…
Dan kata lawyer segala dokumen asas spt IC copy, sijil nikah, dan lain2 diperlukan semula utk proses rayuan ke SUK….
1) Macamana setelah setahun baru lawyer dpt tahu itu rumah Low Cost?
2) Apa yg patut adik saya lakukan jika sudah tidak berminat utk teruskan pembelian rumah tersebut..
3) Adakah apa2 tindakan yg boleh diambil pd lawyer tersebut??
Terima Kasih…
jika kita dah beli rumah low cost.. boleh x kite nak beli lagi sebiji rumah low cost dgn combine income h+w 4k
jika x apa sebab ye?
x boleh
klau kite dh jual rumah low cost yg ade…lps tu nk beli rumah low cost yg lain bole x?
Rasanya x boleh
Permintaan daripada Peguam: Your wife’s CCRIS report from Bank Negara;
Kalau rumah dibeli atas nama suami seorang dan isteri tidak bekerja dan tiada hutang, adakah perlu laporan CCRIS isteri dan Bank Negara?