Property Hunting – Seri Tijanni, Sungai Buloh

Kami direkomenkan oleh satu Agen Hartanah, underconstruction property iaitu Seri Tijanni, Sungai Buloh, projek servis apartment/condo 17 tingkat yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh yang dijangka siap pada tahun 2018,dengan range harga RM411,742 sehingga RM930,631 untuk keluasan dari 952 kaki persegi sehingga 2,403 kaki persegi.

Sri Tijanni Condo unit
Seri Tijanni Condo, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh – Credit picture to Suhaili Isa

Serba sedikit info tentang Projek Seri Tijanni Condo ini –

1) Terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra
2) Freehold Malay Reserve
3) Lebih kurang dalam 3-5km dari stesen keretapi dan proposed MRT
4) Facilities provided: Pool, wading pool, sky recreation, sauna, mini theatre, Gymnasium, kindergarden, reading room, mini futsal, mini basketball, children playground
5) Security:Gated and guarded
6) Maintenance fees – Estimated dalam 0.30-0.35 psf
7) Terletak di kawasan elit Sungai Buloh
8) Free legal fees
9)  Dijangka siap pada tahun 2018,dengan range harga RM411,742 sehingga RM930,631 untuk keluasan dari 952 kaki persegi sehingga 2,403 kaki persegi dengan jumlah unit sebanyak 144 unit
10) Pemaju – Golden Armani Sdn Bhd
11) O downpayment sekiranya membuat pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

IMG_9538

Mengecapi Impian moden? Saya sebenarnya kurang familiar dengan Sungai Buloh ini, tapi sempatla tanyakan rakan sepejabat yang tinggal di Sungai Buloh. Katanya lokasi Seri Tijanni Condo ini sangat strategik iaitu terletak berdekatan sekolah, tak jauh dari stesen MRT/KTM dan kawasan elit di Sungai Buloh.

IMG_9540

Antara ayat dan selling point di dalam pampletnya –

“Terletak di Perbandaran Sungai Buloh yang pesat berkembang, rekaan Seri Tijanni membawa definisi baru kepada gaya hidup ala peranginan di komuniti bandar ini. Ciri-ciri seninya mencerminkan keistimewaan dan kepelbagaian rekaan kediaman pembangunan ini. Seri Tijanni menawarkan sejumlah 15 rekaan, 6 model penthouse dengan keluasan binaan daripada 952 kaki persegi sehingga 2,403 kaki persegi”.

IMG_9542

Pelan lantai Unit di sini.

IMG_9554

Antara unit yang masih available ketika informasi dari agen tersebut. Paling murah yang available adalah dalam RM455K selepas ditolak diskaun. Fuhh, almost setengah juta harganya. Mampu ke kalau nak beli ni? Loan pun belum tentu lepas kalau ikutkan gaji semasa.

IMG_9562
Lokasi Show Room – No. 29A, Jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor. No telefon – 03-61422663

Ini pula analisis dan pandangan peribadi saya tentang projek ini –

1) Lokasi yang agak strategik. Dengan siapnya MRT, dijangkakan harga property dan rental bakal naik sama.

2) Harga agak ok dengan situasi pasaran semasa. Memang susah nak cari condo/servis apartment or projek baru yang berharga bawah RM500K sekarang dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi melainkan di kawasan yang agak jauh dari Kuala Lumpur i.e. Bangi, Nilai, Seremban, Semenyih.

3) Malay reserve – Limitation dalam menjualkan kembali property ini. Chinese misalnya mempunyai purchasing power yang lebih tinggi.

Sewa Condo di Sungai Buloh

4) Expected rental – Kalau ikutkan rakan, tak banyak condo sekarang di Sungai Buloh. Katanya ada dalam 3 condo saja di Sungai Buloh. Kalau ikutkan mudah, condo yang berdekatan /tak jauh dari Sungai Buloh i.e. One Damansara Kondo disewakan pada harga RM1,600. Kalau ikutkan rate tersebut dengan kenaikan rental estimated RM100 setahun, Seri Tijanni Sungai Buloh ini pada pandangan saya mampu disewakan pada range RM1,900 to RM2,200 sebulan (mohon pandangan yang lebih pakar part ni).

Kiraan pinjaman rumah kakitangan kerajaan
5) Bayaran Instalment Bulanan Pinjaman Rumah – Saya andaikan kalau kami berminat, the only way is pinjaman perumahan kakitangan kerajaan i.e. isteri yang bekerja dengan kerajaan. Kalau ikutkan Calculation + Pelan Takaful yang dipilih untuk pinjaman selama 30 tahun untuk 100% loan i.e. RM455,000 adalah sebanyak RM2,280 sebulan.

Calculation –
Instalment – RM2,280
Expected maintenance fees – RM350
Total bayaran bulanan – RM2,630

Expected rental – RM2,000

Negatif cashflow of RM630. Namun, boleh improvekan lagi rental i.e. ditambah peralatan dan dijadikan partly furnished or fully furnished dengan kadar sewa boleh dinaikkan antara RM100-RM500 sebulan.

6) Capital appreaciation – Susah nak estimated tapi apabila MRT siap, dijangka banyak projek lain dan pembangunan dijalankan di kawasan sekitar yang bakal menaikkan harga pasaran. Saya punya estimation mungkin property ini, market valuenya apabila ia siap tahun 2018 adalah sekitar RM550k-RM600K.

So, worth it to buy? Tepuk dada, tanya selera. Agak berisiko namun boleh dipertimbangkan especially kalau anda ada cash flow yang bagus dan fikirkan tentang long term. Sedikit tips tentang Pelaburan Hartanah –

1) Tips Mudah Lulus Loan Rumah
2)  40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia 

Seronok juga buat Property hunting ini. Banyak yang saya belajar tentang pelaburan hartanah dan apa analisa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesuatu property. Macam saya, saya lebih kepada Investor dan long term daripada beli dan jual dalam tempoh yang singkat i.e. flipper.

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

P.s : Kongsi-kongsikan pengalaman Property Hunting korang sekali….

Bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di 0139263127

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Property Hunting – Seri Tijanni, Sungai Buloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.