Weekend lepas sempat pergi property hunting di Flat Pandan Mewah, Ampang .Rumah low cost/Low cost flat di lokasi yang agak strategik iaitu di belakang Hospital Ampang, Pandan Indah. Hunting untuk adik lelaki eyriqazz yang bakal berkahwin hujung tahun nanti. Masih newbie dalam Pelaburan Hartanah jadi saya join sekali untuk berikan pendapat peribadi dan view saya.
Serba sedikit informasi berkenaan Flat Pandan Mewah, Ampang ini –
- Low cost (baca Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah di Negeri Selangor)
- Lokasi agak strategik iaitu di belakang Hospital Ampang dan kawasan yang sudah agak mature. Mudah untuk disewakan
- Keluasan dalam 750 sq feet
- 3 bilik, 1 bilik air
- Tiada lif, maintenance fees RM30 sebulan
- Market value kalau ikutkan kata agen dalam RM150K-RM200K
- Rental around RM600-RM800
- Tingkat paling atas. Currently disewa oleh Nurse pada kadar RM550 sebulan (sudah menyewa dalam masa 3 tahun)
- Asking price = RM150K
Ini la lebih kurang view flat di sini. Nampak macam buruk dan mungkin dipandang sepi bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, biar buruk asalkan mampu menjana income ataupun bagus untuk long term.
Fuhh, jenuh juga naik tangga. Tingkat 4. Anak saya rileksje naik tangga. Hehehe.
View dari depan pintu. Nampak semua unit macam ada penghuni. Agak ‘hot’ la juga first impression saya.
Ruang tamu. Perghh, rumah low cost tapi tv dia mengalahkan tv di rumah saya. Lagi mahal kot. Siapa cakap gaji Nurse tak besar? Haa, sila-sila Apply Kerjaya sebagai Nurse ya.
Bilik master tak dapat view. Dikunci oleh penyewa. Datang ni pun adiknya yang tunjukkan unit. Ini bilik 2nd. Nampak muat nak letak katil Queen.
Bilik ketiga. Muat nak dimasukkan katil bujang.
Dapur. Rajin nurse ni masak. Masih bujang rasanya. Sayang tak berkesempatan melihat penyewanya. Hahaha…
Agen hartanah ku yang peramah dan masih tersenyum walaupun kami lambat sampai dalam setengah jam lebih. Jalan jem dan ada hal emergency yang tak dapat dielakkan.
Selepas melihat unit, kami agak berpuas hati dan ini assessment saya –
Kelebihan unit ini –
1) Boleh dapat positif cashflow dan nak sewakan tidak begitu susah.
2) Lokasi yang strategik dan sudah agak matang
3) Adik saya pun OK dan berpuas hati dengan condition rumah tersebut
4) Harga below market value
Kekurangan unit ini –
1) Tingkat paling atas. Potensi bocor.
2) Parking first come first serve
3) Jem (KL ada ke tak jem? Hehehe)
Nego punya nego, last price dapat RM130K. Calculation –
90% loan at RM130K = RM117,000
Estimated loan bank sebulan = RM550 – RM600
Maintenance fees – RM30
Total = RM630
Sewa let say dalam RM700, dapatla positif cash flow dalam RM70. Still ok dan bagus for me. Sekarang ni memang susah dah nak dapat property yang boleh dapat positif cash flow.
Return on investment = (700 x 12)/130,000 x 100% = 6.5% (Not bad, rental mungkin akan bertambah pada masa hadapan)
Pendek cerita, book unit ini dah kasi cek 3% kepada agen hartanah tersebut. Doa-doakan semua berjalan lancar i.e. loan lulus dan proses nya berjalan lancar. Property pertama untuk adik saya yang baru nak berjinak-jinak dalam Pelaburan Hartanah. Untuk proses loan dan untuk tinggikan peluang loan lulus, akan saya ajarkan Tips Mudah Lulus Loan Rumah .
Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah
Bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di 0139263127
Saya tahu tempat ni. Depan bangunan ni ada bazar Ramadhan bila bulan puasa..hahaha
Amirnawawi recently posted…6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka
So, ok tak property ni bro?
Banyak point positif yang dikongsikan didalam post ini. Boleh sangat hendak disambar cuma lokasi ditingkat 4.
akubiomed recently posted…Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.
tingkat tu boleh dijadikan reason utk exercise..no wonder nurse2 slim2 dan cun2 kat situ..hehehhe
memang susah cari rumah..takut pun ada..nak buat sewa tapi risau takda penyewa…
aqmal faiz hamdi recently posted…KBS Kapcai Endurance – Part 2
agak untung di semannjung dengan low cost flat macam ni boleh dapat harga begini. Kalau di tempat saya di sabah, harga hampir sekali ganda..
jeles pulak tengok orang duk pakat beli rumah tapi masih tak jumpa rumah pertama nak beli…
abgferoz recently posted…Bergambar dengan Bear di Padang Kota Lama
Saya boleh assist bro kalau nak..tiada charge dikenakan..contact saya di 0139263127