Property Hunting – Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang

Weekend lepas sempat pergi property hunting di Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang. Tengah mencari-cari property terbaru untuk dijadikan investment. Quite berkenan tempat dan apartment ini disebabkan lokasinya lebih kurang 10-30 minit dari rumah eyriqazz sekarang.

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 1

Serba sedikit informasi berkenaan Apartment Sri Hijauan ini –

1) Terletak di Ukay Perdana, Ampang
2) Berkeluasan 850 kaki persegi
3) 3 bilik dan 2 bilik air
4) Tingkat 5 mengadap tempat parking
5) Antara kemudahan lain, swimming pool, dan lif
6) Asking price – RM265K
7) Potential kadar sewa – RM900-RM1,200
8) Maintenance fees – RM150 sebulan

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 3

Inilah viewnya. Tempat nampak agak tenang dan tidak begitu crowded.

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 4

Inilah view rumahnya. Kosong dan tiada tenant. Tenant sebelum ini sudah berpindah selepas owner mengatakan hasrat untuk menjualkan unit ini.

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 7

Sempat saya tanyakan serba sedikit informasi berkenaan property ini. Antara informasi yang saya perolehi –

1) Owner nak jual property kerana berpindah tempat kerja dan ingin membeli property di Shah Alam
2) 2 owner of unit ini. Sebelum ini unit ini disewakan pada harga RM900 sebulan pada family
3) Majoriti penghuni dan penginap di Apartment Sri Hijauan ini adalah Melayu

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 8

4) Harga boleh negotiable (tapi masah susah je) . Hehehe. Owner nampak agak genuine dan tidak mempunyai masalah dengan bank berkenaan unit di atas.

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 11

Antara informasi lain yang saya perolehi daripada Agen dan valuer –

1) Valuer BSN memberikan market value pada harga RM200k – RM220 K. Last year transacted price at RM220K
2) Valuer Public Bank memberikan market value max RM265k. Valuer RHB dalam RM255k – RM260K
3) Leasehold property yang tinggal dalam 80 tahun +

Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang 13

Akhirnya, saya agreed untuk angkat pada harga asking RM250K dan maksimum RM265K. Saya informkan agent, dan ini antara assessment saya –

1) 90% loan = RM238,500
2) Zero moving cost, MRTA estimated around = RM7K
Total loan = RM245,500
Estimated bayaran bulanan = RM1,250
Maintenance fees = RM150
Total  = RM1,400

Rental dalam RM1,100. So, negatif cashflow dalam RM300 yang kalau dalam pelaburan hartanah bukan suatu yang bagus. Namun, saya ok kerana target saya long term dan capital appreaciation.

Sayang, ada agen dan pembeli lain offerkan pada harga RM270K. So, conclusion unit ini gagal menjadi milik saya.

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di 0139263127

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Property Hunting – Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana, Ampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.