Dokumen yang Diperlukan untuk Apply Loan Rumah

Berkongsi pengalaman, antara dokumen yang diperlukan untuk apply loan rumah bagi yang makan gaji –

Dokumen loan rumah

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini (6 bulan sekiranya ada overtime)
  3. Salinan penyata bank 3 bulan terkini (bank yang slip gaji dimasukkan)
  4. Penyata KWSP terkini
  5. Surat pengesahan majikan (sila nyatakan gaji/tarikh join/jawatan)
  6. Borang tempahan rumah (i.e. 3% booking from dari agen)
  7. Salinan geran rumah (Title) yang dibeli dan S&P owner
  8. Latest EA form

Selain itu dokumen lain yang boleh dilampirkan bagi meninggikan peluang loan diluluskan adalah:

1) Tenancy agreement dan 3 bulan statements to match the rental income (sekiranya ada rumah sewa)
2) Buku simpanan i.e. ASB or Tabung Haji. Dividen tahunan juga dikira sebagai income oleh pihak bank. I.e. dividen ASB dapat RM1,200 untuk tahun 2014, income bulanan dari ASB dikira 1,200/12 = RM100 sebulan
3) Lain-lain dokumen i.e. Unit trust statement, Fixed Deposit, etc

Selebihnya, bagi yang nak apply loan rumah dan mahu meninggikan peluang untuk loan lulus bolehla pelajari seperti yang diajarkan di Tips Mudah Lulus Loan Rumah , pelbagai tips dan trick diajarkan . Loan wife refinance pun lulus tak sampai 2 minggu praktikkan tips yang diajarkan. Alhamdulillah, dapat cash dari refinance bolehla cari property lain untuk investment.Boleh juga baca entri saya sebelum ini –> Rahsia Refinance Rumah

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Bercadang untuk membeli atau menjual rumah di KL/Selangor, bolehla hubungi saya (Iman/Eyriqazz) di [contact_form]

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Dokumen yang Diperlukan untuk Apply Loan Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.