Cara Buat Bisnes Burger yang Terlajak Laris

Bisnes Burger antara bisnes perniagaan yang banyak diceburi oleh peniaga di Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu. Boleh katakan di mana-mana perniagaan menjual burger ini amat popular i.e. di Pasar Malam, kawasan perumahan, asrama, universiti, di stadium ketika perlawanan bola sepak, dan pelbagai lagi.

Ada bisnes burger yang laku dan menjadi dan ada pula yang sebaliknya. Dulu, masa berniaga burger di asrama memang laris habis. Antara faktor time tu adalah lokasi yang strategik, tiada pesaing, dan permintaan melebihi penawaran (demand vs supply) i.e. hanya burger pengawas sahaja yang dibenarkan oleh pihak sekolah untuk dibuka ketika hujung minggu.

Apakah Rahsia Bisnes Burger yang Berjaya dan Terlajak Laris:

1) Rasanya yang sedap – Sudah pasti faktor rasa antara faktor terpenting yang dititikberatkan oleh pelanggan. Normally yang menjadikan rasa lebih sedap ini adalah pemilihan sos i.e. sos buat sendiri or beli dari kedai. Kalau terror buat sos sendiri yang sedap, memang satu kelebihan especially kalau rasanya tiada di tempat lain. I.e. time balik kampung aritu, order burger benjo. Penjual tu letak kelubi dalam benjo tu. Mula-mula rasa nak marah juga, apa kes letak kelubi? Lepas makan, perghh, memang menawan hati dan tertawan.

2) Harga – Sudah pasti harga pun dipandang oleh pembeli especially kalau target pembeli itu adalah pelajar ataupun golongan berpendapatan rendah.

3) Lokasi yang stategik – Jangan pandang rendah pada lokasi yang strategik i.e. berdekatan dengan penginapan pelajar kolej/universiti, kawasan yang ramai penduduk i.e. Condo/Apartment di Kuala Lumpur dan pelbagai lagi.

4) Customer Service/Khidmat Pelanggan – Haa, ini pun penting juga. Kalau datang muka muncung je. Tanya pun nak taknak jawab je. Pastu tak pandai berkomunikasi dengan pelanggan, susah juga nak kasi laris kan Burger ni.

5) Promosi – Part ni kena pandai i.e. mengambil hati pelanggan dan mempromosikan bisnes burger tersebut especially kalau baru buka dan masih belum mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Jangan pandang remeh pada kuasa promosi. Kalau tak, takkan sampai Mc Donalds, Burger King, Burger Bakar Abang Burn pun begitu aktif mempromosikan burger mereka di pelbagai medium pengiklanan i..e tv, radio, blog etc.

Banyak sebenarnya Rahsia dan Tips untuk Bisnes burger i.e. seperti yang dikongsikan di Tips Bisnes Burger, i.e. resepi burger yang digemari ramai, lokasi, cara nak set up gerai burger dan pelbagai lagi. Yang penting kena ada usaha dan jangan mudah putus asa, nak berbisnes kenala kena dengan caranya kan?

 Klik Untuk Dapatkan Panduan Bisnes Burger Terlajak Laris

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Cara Buat Bisnes Burger yang Terlajak Laris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.