Bukan Sebarang Atuk

IMG_9061

Inilah Atukku. Gambar terkini. Masih sihat dan kuat walaupun kini sudah mempunyai 20+ cucu dan beberapa orang cicit. Aku cukup kagum dengan atukku, begitu rajin berusaha, masih aktif, sihat dan jarang nampak dia tidak keruan.

Kasih sayang seorang atuk, teringat lagi masa kecil-kecil ketika pakcikku yang usianya lebih 2 tahun lebih tua dariku membawaku memancing, mandi laut etc. Habis dirotan pakcikku bawa cucunya mandi sungai, mandi laut. Namun, aku, satu rotan or cubitan pun tidak hinggap ke badanku. Sampai pakcikku cakap, atok lebih sayangkan cucu dari anaknya. Tidak, mana ada ayah yang tidak sayangkan anaknya?

Ketika adik bongsuku ingin buka kedai gunting, diberikan tanah di depan rumahnya. Bukan setakat itu, dipikulnya barang untuk buat kedai gunting dengan berjalan kaki lebih kurang 10km jaraknya. Fuhh, gagah betul atukku.

Time hari raya Qurban, dialah yang begitu sibuk. Siap boleh tarik lembu untuk diqurbankan.

Atuk, semoga Allah panjangkan usiamu dan kami masih dapat menumpang kasihmu. Atuk terbaik bagiku. Nampak garang tapi begitu sayangkan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Bukan Sebarang Atuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.