Cara Pengiraan Debt Service Ratio (DSR) Pinjaman Perumahan

Malam tadi sempat jumpa bank officer untuk hantar dokumen refinance rumah isteri. Sempatla juga dia terangkan serba sedikit cara pengiraan debt service ratio (DSR) pinjaman perumahan. DSR ialah antara elemen terpenting untuk menentukan sama ada loan boleh lulus or tidak. Selain DSR ada faktor lain juga, namun untuk entri kali ini, saya kongsikan sedikit info tentang DSR.

 

Mortgage-loan-application-1024x682

Debt Service Ratio = (Komitmen seperti di CCRIS + deduction loan on payslip (i.e. staff loan) + new instalment / Net Income) X 100%

Net Income = Gaji kasar – potongan wajib seperti EPF, Socso, Income tax, dan Zakat

Contoh –

Gaji Pokok – RM1,800
EPF+ Income Tax (0 rasanya) + Socso + Zakat = RM200
Personal loan – RM100 sebulan (ada dalam CCRIS)
New instalment = RM500

Net Income = 1800 – 200 = RM1600
Debt Service Ratio = (500+100/1600) * 100%
New Debt Service Ratio = 37.5%

IMG_7469

Setiap bank mempunyai syarat Debt Service Ratio yang berbeza, i.e. untuk Bank Simpanan Nasional , DSR adalah seperti berikut:

Gaji pokok lebih RM3K, DSR = Maximum 75%
Gaji pokok kurang RM3K , DSR = Maximum 60%

Untuk bank lain, most bank DSR = Minimum 40%

So, untuk contoh di atas, syarat DSR lepas.

Additional info, selain DSR, salah satu requirement lain bank letakkan syarat i.e. Cost Of Living. Untuk BSN, Cost of living diletakkan pada RM800 iaitu jumlah baki yang mesti ada selepas ditolak semua loan dan new instalment. Untuk kes di atas –

RM1600 – RM100 – RM500 = RM1,000 > RM800 (lepas requirement kedua)

Tapi, andaikan new loan, instalment bulanan adalah RM750

DSR = (750+100/1600) * 100% = 53% (Lepas DSR of max 60%)

X amount balance = 1600 – 100 – 750 = RM750 (Kurang dari syarat minimum RM800)

Conclusion, loan reject walaupun DSR lepas.

Bagi yang ingin membuat Pinjaman Perumahan, bolehla dapatkan Tips Mudah Lulus Loan Rumah bagi memahami lebih lanjut apa yang bank tengok dan tips bagi meninggikan peluang pinjaman perumahan diluluskan.


Bagi yang memerlukan guidance pembelian rumah sekitar KL/Selangor, bolehla hubungi eyriqazz di 0139263127 or e-mailkan ke eyriqazz@gmail.com. In Shaa Allah, saya boleh guidekan berdasarkan pengalaman peribadi saya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Cara Pengiraan Debt Service Ratio (DSR) Pinjaman Perumahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.