Kecewa dengan Servis di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Semalam pergi berbuka puasa/Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort menggunakan vouchers bloggers yang diberikan semasa preview bulan lepas, Sengaja saya tidak upkan lagi entri kerana saya ingin melihat sendiri adakah time preview sebagus time buffet ramadhan sebenar?.

Saya booking hari rabu yang lepas melalui telefon, tempahan untuk 4 dewasa + 2 kanak-kanak + 2 bayi.Sesampai je di kaunter sebelum masuk:

IMG_5379

Nama tuan tiada. Saya tunjukkan bukti melalui telefon saya, yang saya ada buat call dan booking pada hari rabu yang lepas. Skeptical, staffnya menjawab. Owwh, booking guna vouchers free ek? Takpe-takpe, nanti kami carikan tempat kosong untuk tuan.

IMG_5381

Kecewa, tempat yang diberikan adalah tempat yang paling ‘teruk’ di dalam dewan tersebut. Di luar dewan. Kawasan ‘free smoking’ dan bersebelahan dengan tandas. Agak kecewa, dengan dua orang bayi yang kami bawa, nampak kurang sensitif staff memberikan tempat di ‘smoking zone’ untuk kami sekeluarga. Apakan daya, turutkan saja kerana sudah sampai, tak berbaloi nak balik dan cari tempat berbuka yang lain.

Secara peribadi, banyak perkara yang boleh diimprovekan lagi oleh Bangi Golf Resort untuk buffet ramadhan tahun ni. Jangan fikirkan keuntungan semata-mata antaranya:

1) Tandas – Tak silap saya, tandas agak terhad namun tetamu agak ramai
2) Juadah – Diberitahu sebelum ini, ada lebih dari 200+ juadah. Namun, time saya datang ni, rasanya tak sampai 100 juadah kot. Mungkin saya missed out agaknya. Yang lebih menyedihkan, dalam setengah jam azan berbunyi queue masih panjang di majoriti kaunter makanan dan minuman.
3) Booking – Mungkin boleh hantar pesanan melalui mesej untuk confirmkan yang booking telah diterima. Saya dikhabarkan, tahun lepas pun perkara sebegini turut berlaku.
4) Jangan kedekut/berkira sangat dengan blogger – VOucher diberikan actually valid dari 20-25 June 2015. Silap saya juga, buka voucher pada hari nak pergi, baru perasan dah expired. Assume valid sebulan as tahun lepas expirynya sebulan.

Selepas menghubungi BGR, mereka membenarkan saya datang semalam. Agak-agakla dengan tempoh yang singkat diberikan, mana sempat untuk semua boleh yang preview untuk datang semula dalam tempoh yang ditetapkan? Kami bloggers rasanya banyak membantu dalam mempromosikan buffet ramadhan di sini i.e. boleh tengok di first page dengan keyword tertentu antaranya buffet ramadhan di bangi, buffet ramadhan bangi golf resort, etc.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort kami singgahi
Ramai orang kanan dan kiri
Harap di masa hadapan dapat perbaiki
Kebaikan bersama BGR dan pengunjung yang mengunjungi

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Kecewa dengan Servis di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.