Perginya Seorang Ibu

Hati diruntun kesedihan. 2013, aku kehilangan seorang sahabat terbaik di tempat kerja ( Perginya Seorang Sahabat) . Beberapa hari lepas, aku kehilangan seorang lagi rakan atau boleh kukatakan seorang ibu di tempat kerja.

IMG_3998

Lebih menyedihkan, hari terakhirnya di tempat kerja, aku pula berada di hospital. Warded kerana ‘viral infection’.Kak Sopi timangan diberi. Orangnya sentiasa tersenyum, menguntum kegembiraan dan sentiasa memberikan nasihat tentang kerja dan keluarga. Boleh kukatakan ku anggap dia seorang ibu walaupun kerap aku menyakat dia di tempat kerja. Biasalah, untuk melepaskan stress di tempat kerja.

Orangnya sangat baik, sentiasa berfikiran positif dan memberikan nasihat yang terbaik buat yang lain. Sepatutnya bersara lagi 4 tahun tapi memilih early retirement atas sebab-sebab peribadi. How i wish saya yang dapat bersara dahulu. Ada sixth sense, i.e. boleh merasa makhluk ghaib berada di kawasan sekitar. Selalu juga bertanya feedback dan pendapat.

IMG_4007

One of the sweetest couple i ever know. Balik dan pergi, Si suami sentiasa menjemput. Time pulang 5.30 dulu selalu juga mengacau si suami yang penuh setia menanti si isteri pulang dari kerja. KL – Shah Alam, bukan satu tempat yang dekat. Memang saya kagum, ada anak-anak muda or suami isteri yang masih setia menghantar dan ambil isterinya sehingga isteri bersara? Mungkin ada, tapi tak ramai.

Kak Sopi, di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terimakasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan. Maaf juga kerana selalu mengacau kak Sopi dan tidak berpeluang untuk mengucapkan ucapan maaf secara depan-depan. Juga, maaf, tidak sempat pulangkan selipar yang selalu menjadi mangsa saya untuk solat jumaat di tempat kerja.

2 rangkap pantun buat Seorang Insan bergelar Ibu bagiku :

Kak Sopi bersara kini
Yang pergi akan ada pengganti
Saya yakin dan saya pasti
Yang datang tidak seistimewa Kak Sopi

Saya doakan yang terbaik buat Kak Sopi
Duniawi dan juga di akhirat nanti
Jangan lupa kami di sini
Sekali sekala datangla menjenguk bawa juadah menyelera sekali

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Perginya Seorang Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.