Batuk selama tiga minggu ditambah si anak lelaki masuk wad seminggu sebelum ini kerana viral infection . Pagi rabu badan sudah tidak keruan, gagahkan juga badan untuk ke pejabat. Bawa motosikal pun perlahan saja. Pergi ke klinik yang disediakan syarikat. Saya informkan doktor yang antibiotik diberikan semalam semakin memburukkan keadaan. Malam sebelum itu saya muntah beberapa kali, muntahkan kembali antibiotik yang dimakan beberapa jam sebelum itu.
Tiada jalan lain kata doktor. Dia terpaksa referkan saya ke doktor yang lebih pakar. Saya di referkan ke Dr. Tengku Saifudin di Tawakal Hospital. Petang itu, terus saya ke hospital tawakal, buat appointment dan berjumpa dengan doktor. Selepas memberitahu apa yang berlaku dan check up dari doktor, doktor mengesyorkan saya untuk masuk wad supaya dapat diperiksa lebih lanjut dan diberikan rawatan sewajarnya.
Saya akur kerana ini yang terbaik saya rasakan. Saya dimasukkan ke wad malam rabu, 3 June 2015. Dimasukkan jarum untuk diambil darah dan untuk dimasukkan ‘drip’. Ubat pertama dimasukkan adalah ubat tahan muntah. Pastu dicheck suhu badan, demam agak tinggi 40′ celcius. Nurse meminta saya makan ubat demam dan ubat batuk. Saya seharian hari itu tidak makan, jamah roti sedikit. Mungkin berlawan dengan ubat yang baru dimasukkan, terus saya muntah terus time tu.
Tekak rasa gatal. Air drip sudah dimasukkan. Gagahkan makan secubit duit. Malam itu berpeluh-peluh badan mungkin kesan dari drip. Rawatan diteruskan. Si Isteri dan anak bongsu tersayang menjadi teman di wad. Mujurla ada mak mertua/bapa mertua yang baru sampai dari kampung, sempat mereka jagakan Azim dan Alisya sambil isteri dan Ariana menemani saya di hospital.
Satu belum habis, satu lagi tengah menanti. Agak berkesan air drip ini. Badan rasa lebih bertenaga dan rasa semakin sihat selepas dimasukkan air drip. Doktor dan layanan nurse di hospital Tawakal timeni jauh lebih bagus jika dibandingkan ketika Azim masuk hospital dulu. Lebih pantas dan lebih peramah. Tahniah dari saya.
Selain drip, ubat-ubatan, turut diberikan nebuliezer bagi mencairkan kahak dan oksigen masuk ke dalam badan. Saluran pernafasan saya doktor kata agak mengecil, bila kasi tiup satu peniup test hanya pergi 300-350 yang sepatutnya dalam 400+ untuk lelaki normal yang sihat.
Alhamdulillah, hari Sabtu doktor benarkan saya pulang. Sepatutnya Ahad baru ble keluar tapi saya mohon keluar lebih awal. Kesian melihat isteri tidur di convertible cushion dan suhu malam yang agak sejuk. Kos keseluruhan adalah RM4,506.25 sepanjang 3 malam di Hospital Tawakal.
Badan terasa lebih lega cuma batuk-batuk masih ada. Kata doktor ambil masa juga untuk batuk berhenti sepenuhnya.
P.s : Betul kata orang, kita akan lebih menghargai waktu sihat apabila kita sakit. Betul tak?
Semoga bertambah sihat bro. Kalau tengok kos rawatan terbeliak jugak mata.
Semoga cepat sembuh bro.
akubiomed recently posted…Bawa famili ke Royal Floria Putrajaya 2015
Saya doakan semoga Bro lekas sembuh… Banyakkan berehat dan minum air suam… Sebab sekarang ni cuaca tak menentu… Sekejap panas, sekejap hujan.. Time panas suhu boleh mencecah sehingga 34oC.. Memang tinggi… Dan kurang baik untuk kesihatan…
Anuar recently posted…Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
ambik rehat cukup-cukup bro.. jaga kesihatan..
musadun recently posted…Live Streaming Malaysia Vs Brunei 8 Jun 2015
Syukur.. sakit penghapus dosa…. buatkan kita hargai masa sihat.. moga cepat sembuh…
Maria Firdz recently posted…Tiada Mu Ditangisi!
memang sakit ini agak serius sampai kena bermalam dalam wad, apa pun yang penting ianya dirawat supaya tak memudaratkan badan.
Dr Fattah recently posted…Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes Anda
Bila badan dah tak sihat…. memang terasa nikmatnya ketika badan segar bugar…. begitu juga masa…..lapang sebelum kita sibuk kan….
Hazman Fadzil recently posted…Anda akan teruja nak gulung “popia basah” di Restoran Viet Thai Canteen Cyberjaya
ALHAMDULILLAH, semoga bertambah sihat selepas ni
adarain recently posted…Viet-Thai Canteen Saji Makanan Asli Vietnam Dan Thailand
semoga kesihatan bertambah baik bro
Semoga kesihatan bertambah baik ya..jaga diri elo-elok
Noriza Rahman recently posted…Rokok Terasa Pahit Setelah Mencuba Vivix
ALHAMDULILLAH…
Semoga esihatan bro semakin baik.. insyaAllah…
Alhamdullillah sakit mengahapuskan dosa2 kecil, insyaallah semoga cepat sihat tuan.
moga terus sihat bro… amalkan pemakanan yang sihat juga…
KiD recently posted…Buka Puasa di Rail Canteen Sunway Nexis