Kos Rawatan di Hospital Tawakal

4 hari 3 malam berkampung di hospital tawakal, Azim disahkan kena ‘viral infection‘. Beberapa hari dia tidak lalu makan, asyik muntah-muntah dan berak cair. Saya hantarkan ke Hospital Tawakal kerana lokasinya yang tidak jauh dari rumah dan cover under insurans syarikat.

IMG_3474

Beberapa hari juga masuk drip. Lepas masuk drip beberapa hari barula nampak azim lebih bertenaga dan ada selera makan sikit. Hari keempat, doktor benarkan Azim keluar.

IMG_3589

Nak tahu berapa jumlah bil 4 hari 3 malam di sana? Fuhh, mengalahkan kos bersalin, total kos adalah RM3,524.31

Breakdown –

1) Kos doktor termasuk GST   – RM1,425.70
2) Kos bilik (bilik berkongsi 4 orang) – RM360 (RM120 semalam)
3) Diskaun bilik – (RM120)
4) Admission fee – RM74.20 termasuk GST
5) Medical equipment – RM360 (tiada gst)
6) Medical officer – RM98
7) Nursing procedure – RM317
8) Pharmacy – RM317
9) Disposable – RM287.31 (ini disposable apa ya? takkan pampers kot?)
10) Laboratory – RM578
11) Take home drug – RM46

Fuhh, kos rawatan hospital swasta memang mahal. Kalau compare dengan kos Azim masuk hospital 2 tahun yang lepas, 5 hari 4 malam adalah RM3,446.70. Mahal-mahal pun, semua bilik penuh, faktor ramai syarikat ada insurans dan individu pun ramai yang memiliki insurans.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Kos Rawatan di Hospital Tawakal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.