Nasi Kak Wok Sedap di Danau Kota, KL

Special thanks buat bro Sharinginfoz yang rekomenkan Nasi Kak Wok yang terletak di Platinum Walk, Danau Kota. Lokasinya sederet dengan restoran hayaki danau kota. Ini pengalaman ketiga singgah di sini –

Nasi Kak Wook Danau Kota KL 4

Tapau Nasi Kak wook extra, RM7. Lebih ayam, lebih nasi. Kalau yang biasa harga RM5.50.

Nasi Kak Wook Danau Kota KL 2

Tapau 2 bungkus. Cuti, jaga isteri dan anak yang demam. Tapau dan makan kat rumah. Antara favourite isteri juga.

Nasi Kak Wook Danau Kota KL 3

Tapaukan sekali kaki ayam. RM1 tiga ketul. Order RM2. Dapatla dalam 6-7 ketul. Serius sedap.
Nasi Kak Wook Danau Kota KL 5

Action speak for itself. Licin selepas beberapa minit. Memang sedap nasi kak wook di Platinum Walk, danau kota ini. Kalau time weekend memang penuh orang.

Nasi Kak Wook Danau Kota KL 1

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari rabu. Kalau nak pekena nasi kak wok, ianya hanya dijual dari pukul 9.30 pagi sehingga 4 petang. Malam-malam tidak dijual, maybe next time boleh jual juga. Time malam pun ramai yang mencari juadah untuk makan malam kan?

Kalau singgah KL, bolehla singgah di Restoran dan pekena nasi kak wok ini. Rating saya berikan 8.5/10, kena dengan selera kami seisi keluarga. Harga pun berpatutan. Seorang makan campur air, tak sampai RM10. Bajet,bajet.

Alamat – 51-0 Block E, Platinum Walk, Danau Kota, No. 2, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
No. telefon – 0169298585

Anyway, Jika ingin berkunjung dan menempah hotel di Kuala Lumpur,  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Nasi Kak Wok Sedap di Danau Kota, KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.