Mangga Harum Manis – Berbaloi ke dengan Harganya?

Musim mangga harum manis kembali. Jujur saya katakan, ini kali pertama saya mencuba mangga harum manis yang dikatakan begitu terkenal dengan rasanya yang menusuk jiwa. Saya order dengan rakan seofis. Alhamdulillah, rezeki saya, dia ada beli lebih sikit. Dapatla harga rakan-rakan RM23 sekilo.

Mangga Harum Manis 7

Inilah rupa mangga harum manis yang belum lagi masak. Kena simpan dan tunggu kulit dia nampak kuning-kuning skit barula boleh dikupas.

Mangga Harum Manis 1

Pucuk dicita ulam mendatang. 3 biji sekilo. Baru order lagi 4kg. Alang-alang dah musimnya kan?

Mangga Harum Manis 3

Jemput makan. Jangan malu-malu.

Mangga Harum Manis 6

First time mencuba, memang sedap. Rasanya yang harum dan manis. Rasa mangga yang sedap.

Kalau tak silap saya, harga pasaran mangga manis ini lebih kurang RM23-RM30 sekilo dan hanya musimnya sekali setahun. Ditanam hanya di Perlis.Demand vs supply, ini mungkin antara faktor harganya yang mahal ditambah pula rakan ofis cakap mangga ini banyak dieksport ke luar negara antaranya ke negara China dan Hong Kong.

Secara peribadi, saya lebih menggemari Mangga Mas Hitam. Sekarang tak silap mas hitam dalam RM4-RM7 sekilo.

Berbaloi mangga/mempelam harum manis ini dengan harganya yang mahal? Kata orang, tepuk dada, tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing, tak gitu?

Kalau singgah ke Perlis, boleh la try mangga ini yang bermusim dari bulan April sehingga Jun. Anyway, Jika ingin menempah hotel di Perlis saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Mangga Harum Manis – Berbaloi ke dengan Harganya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.