Restoran Satay Malaysia, Pengkalan Chepa, Kelantan

Salah satu tempat makan best di Kelantan yang sempat saya cuba ketika balik kampung yang lepas adalah Restoran Satay Malaysia yang terletak di Pengkalan Chepa. Tidak jauh dari airport Pengkalan Chepa, Kelantan.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 1

Satay Malaysia, berkali-kali lalu kalau ambil penerbangan ke Kelantan tapi hanya kali ini berkesempatan untuk singgah.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 4

Pucuk dicita, ulam mendatang. Sate dibakar, nampak menyelerakan.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 7

Suasana di dalam restoran. Agak santai dan boleh tahan juga pelanggan yang datang berkunjung.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 8

Antara satay yang boleh didapati di sini antaranya satay ayam, lembu, kambing, rusa, itik/serati, perut, arnab di samping extra nasi himpit or roti.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 9

Order dalam 40 cucuk sate ayam dan 10 cucuk sate ayam dengan roti/nasi himpit. Bawa mak mertua/bapa mertua dan juga abang ipar sekeluarga. Selain satay, boleh order nasi goreng dan mee bandung.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 10

Nampak menyelerakan. Anak buah isteri, arman antara penggemar satay. Bukan main berselera dia makan satay.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 11

Abang arman, arfan tidak melepaskan peluang mencuba sate. Azim pun suka satay malaysia. Overall not bad sate di sini, saya berikan overall rating 7.5/10

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 14

Ini yang saya order sampingan. Mee Bandung udang. Boleh tahan rasanya.

Restoran Satay Malaysia Pengkalan Chepa Kelantan 15

Satay malaysia ini pernah memenangi anugerah Fabulous Food 1 Malaysia pada tahun 2012.

Anyway, Jika ingin berkunjung ke Kelantan dan ingin menempah hotel di Kelantan saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Restoran Satay Malaysia, Pengkalan Chepa, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.