Nak Jual ke Tak?

2-3 minggu ini, bertalu-talu mesej masuk bertanyakan tentang Condominium PV13 saya. Boleh tahan market di sini, agak tempting melihat mesej-mesej yang dihantar oleh Agen Hartanah –

IMG_1053 IMG_1054 IMG_1055 IMG_1056

Range harga yang ditawarkan sekitar RM580K-RM600K.Nak jual ke tidak? Condominium ini sekarang saya sewakan pada harga RM1,750 sebulan. Tolak bayaran bulanan + maintenance fees etc, dapatla dalam RM200-RM300 positif cash flow sebulan. Ok la, rumah orang bayarkan.

Kira jap potential Return on Investment kalau jual rumah ini –

Modal dikeluarkan untuk beli rumah = Loan 100% (staff loan) jadi hanya keluarkan modal yuran guaman around RM5K (booking fees sebanyak RM5K sebelum itu dikembalikan)
Renovation/baiki rumah = Around RM30K
Kos-kos lain = Around RM5K
Total kos = RM40K

O/s loan sekarang = RM265K
Positif cashflow sejak sewakan rumah = RM200 x 11 bulan (buffer sebulan bayar agen+ unit kosong) X 5 tahun = RM11K

Return on investment kalau rumah dijual pada harga RM600K = (600K-265K) + 11K / 40K * 100% = 865% (Return in 5 years)
Return per year = 865% / 5 = 173%

Wow, rasanya Pelaburan Unit ataupun Pelaburan ASB pun kalah.

Urmm, nak jual ke tak ya? Return 865% ni….

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Nak Jual ke Tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.