Homestay Murah di Port Dickson

Percutian tidak dirancang sambil melawat atuk saudara isteri yang sakit bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk menginap di homestay di Port Dickson. Short notice, kami booking homestay Amani Port Dickson. Faktor utama harganya yang agak murah dan berpatutan.

Homestay di Port Dickson 10

Homestay @ rumah teres yang terletak di teluk kemang. Lebih kurang 5-10 minit dari Pantai teluk kemang. Harga bermalam di sini adalah RM180-Rm200 semalam yang menyediakan 3 bilik. Harga yang kami dapat adalah RM180 untuk masa tersebut. Weekend.Call je Kak Ani di nombor telefon 0196730049, bayar deposit RM50. Deal, booking homestay tersebut.

Homestay di Port Dickson 8

Unit yang boleh memuatkan dalam 2 buah kereta. Kami datang 4 dewasa 3 kanak-kanak time tu. Agak senang , gpskan saja. Jumpa rumah tersebut.

Homestay di Port Dickson 9

Di master bedroom disediakan mesin basuh, katil queen, aircond. Tuala upon request. Berbaloi la dengan harganya untuk 3 bilik kan?

Homestay di Port Dickson 1

 

Katil Queen. For me, boleh tidur dan selesa.Bilik kedua pun lebih kurang bilik pertama cuma tiada mesin basuh.
Homestay di Port Dickson 3

Ini bilik ketiga, katil single. Kipas tiada aircond. Sesuai la untuk kanak-kanak.

Homestay di Port Dickson 7

Ruang tamu dengan Astro on the go. Internet/wifi tidak disediakan.

Homestay di Port Dickson 5

Ruang dapur. Bolehla kalau nak masak light cooking. Kalau taknak masak pun, banyak restoran, kedai makan, dan gerai-gerai dibuka di waktu pagi. Kagum, memang orang Port dickson rajin berniaga. Nasi lemak, nasi putih, roti canai , etc. Memang meriah pagi-pagi di Port dickson bagi food hunter.

Homestay di Port Dickson 4

Dapur dan peti sejuk. Personally, okla. Harga berpatutan. Kalau hotel rasanya mahu dalam RM200 semalam. Tapi, kalau nak mencari hotel yang murah dan berpatutan di Port Dickson misalnya, saya rekomenkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Homestay Murah di Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.