Apa Yang Best di Kampung – Pantai dan Udara yang Nyaman

Cuti CNY yang lepas pulang ke kampung. Sempatla singgah di Pantai Marang ,seisi keluarga. Memang meriah. Something else yang tiada di kotaraya, ketenangan, keindahan, udara yang bersih, bebas dari jem, dan makanan yang marvellous sudah pasti sukar dicari di ibukota KL –

Pantai Marang Terengganu 5

Beriadah dan bawa bekal habis. Keropok lekor, keropok keping, air, etc.

Pantai Marang Terengganu 6

Anak-anak seronok bermain pantai dan pasir pantai. Dah lama tak jumpa pantai, inila jadinya.

Pantai Marang Terengganu 7

Saudara mara tidak melepaskan peluang bermain galah panjang, satu permainan tradisional yang semakin dilupakan.

Pantai Marang Terengganu 8

Kaum ibu berehat sambil memerhatikan keletah anak-anak yang riang gembira.

Pantai Marang Terengganu 9

Diapers buang, seluar buang. Azim bogel mandi pantai. Hehehe.Aksi bogel di pantai, hehehe…

Pantai Marang Terengganu 10

Memang meriah di pantai Marang. Salah satu sebabnya di sini boleh mandi. Kalau di Pantai batu buruk tidak boleh mandi.

Pantai Marang Terengganu 11

Udara pantai yang sejuk dan nyaman menyambut kedatangan kami sekeluarga.
Pantai Marang Terengganu 14

Memang meriah. One day rasanya mungkin lebih meriah.
Pantai Marang Terengganu 16

Ada pasangan yang baru kahwin mengambil gambar di tepi pantai. So sweet.

Pantai Marang Terengganu 17

Ahli keluarga terdekat tidak melepaskan peluang bermain galah panjang.

Pantai Marang Terengganu 18

Santai. Tenang. Rasa kedamaian yang sukar dicari di bandar KL.

Pantai Marang Terengganu 19
Nak mandi pantai, terlupa pula bawa seluar pendek. Hehehe, last minute decide nak pi sini, hehehehe.

Terengganu, antara destinasi pelancongan yang menawarkan kepelbagai dan banyak tempat menarik dan dikunjungi. Tak lupa juga pelbagai menu dan juadah tradisional yang sukar didapati di tempat lain antaranya keropok lekor, laksa terengganu, mee terengganu, satar, otak-otak, kuih akok dan bahulu, dan pelbagai lagi. Yummy2, buat hati mahu pulang ke kampung segera.

Jika ingin berkunjung di Terengganu dan ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Apa Yang Best di Kampung – Pantai dan Udara yang Nyaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.