Kontraktor yang Bagus Penting untuk Pelaburan Hartanah

Alhamdulillah, repair rumah semenjak tenant lama berpindah berjalan lancar. Dalam masa lebih kurang seminggu –

IMG_8785

Almost semua repair sudah siap kecuali nak tukar beberapa bulb lampu (minor repair). Kali ini saya hire kontraktor rumah berbangsa China. Quite impress dengan kepantasan dan kualiti. Hargapun agak berpatutan dan boleh saya katakan lebih murah dari kontraktor berbangsa melayu yang pernah saya hire ketika rumah sewa saya baru siap dulu. Perbezaan harga lebih kurang 30% – 70% untuk setiap repair yang perlu dibuat. I.e. Kontraktor melayu sebelum ini banyak hidden cost i.e. workmanship yang ditambah dengan kerja yang dilakukan.

Lain pula kontraktor berbangsa cina kali ini. Workmanship sudah dimasukkan di dalam harga which jauh lebih murah dibandingkan dengan quoatation kontraktor saya sebelum ini. Saya nak cepat kerana tenant nak masuk minggu ini, jadi kontraktor yang mampu memberikan yang terbaik sudah pasti menjadi pilihan saya.

Bukan taknak hire kontraktor melayu, beberapa kali sebelum ini pernah hire. Banyak yang jual mahal dan kasi quotation harga yang agak mahal. Tidak pasti apakah sebabnya.

Bagi yang nak berjinak-jinak dengan Pelaburan Hartanah, saya rekomenkan dapatkan ilmu ini terlebih dahulu –

1) Rahsia Pinjaman Rumah

2) 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

3) Tips dan Teknik Dekorasi Bajet

Alhamdulillah, walaupun kos repair menelan belanja almost RM3K, banyak yang saya belajar dari tenant pertama ini antaranya –

1) Bayar payment yang cantik dan konsisten tidak semestinya rumah dijaga cantik
2) Don’t judge book by it cover. Wajah yang alim dan nampak berbudi bahasa tidak semestinya rumah terjaga elok
3) Konsisten tengok keadaan rumah sewa adalah perlu
4) Jangan offsetkan 2 bulan setengah bulan deposit

Tepuk dada, tanya selera. Jadi Pelabur Hartanah tidak semestinya semuanya berjalan lancar. Along the way, belajar dari kesilapan dan pengalaman untuk menjadi lebih elok dan bergelar Pelabur Hartanah Berjaya.

Berminat/ mahu saya guidekan pembelian rumah pertama or rumah untuk pelaburan? Feel free untuk hubungi saya di 0139263127 or kalau segan boleh PM or emailkan ke eyriqazz@gmail.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Kontraktor yang Bagus Penting untuk Pelaburan Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.