Jalan-Jalan di Taman Tasik Titiwangsa

Salah satu tempat menarik untuk dilawati especially untuk kanak-kanak adalah Taman Tasik Titiwangsa. Lokasinya yang terletak tidak jauh dari KLCC menjadi antara tarikan utama seisi keluarga bawa anak bermain-main dan beriadah.

Taman Tasik Setiawangsa 1

Salah satu tempat playground.skating,skateboard. Memang meriah. Mostly berbayar dengan harga yang agak berpatutan.

OI

Dari sini nampak pemandangan KLCC. Udara bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Taman Tasik Setiawangsa 7

Salah satu favourite anak-anak. Bermain belon gergasi. Satu bekas belon dalam RM2. Seronok melihat anak-anak gembira di hujung minggu.

Taman Tasik Setiawangsa 10

Playground pun ada disediakan. Di sini ibubapa kena perhatikan kerana ada sesetengah bahagiannya sudah rosak i.e. berlubang. Merbahaya juga kalau anak-anak terpijak. Boleh terseliuh kaki dibuatnya.


Taman Tasik Setiawangsa 3

Aktiviti lain antaranya berjogging, makan-makan santai di taman, dan pelbagai lagi. Kalau nak datang sini disarankan datang awal kerana parking agak limited dan sentiasa dipenuhi orang di hujung minggu. Pernah kami datang terpaksa batalkan hasrat kerana parking sudah penuh. Singgahi tempat lain.

Beriadah dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak memang seronok. Moments yang apabila mereka membesar antara part yang akan diingati.

P.s : Balik kampung tak Cuti Chinese New Year ni?

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Jalan-Jalan di Taman Tasik Titiwangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.