Harga Minyak Turun, Harga Barang Masih Tak Turun?

Ketika harga minyak naik tahun lepas, banyak peniaga, pemilik restoran, syarikat pengangkutan etc menjadikan ianya antara sebab untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Sudah pasti pengguna akhir yang banyak terjejas apabila banyak barang naik i.e. barang dapur, makanan di kedai makan, kos pengangkutan bas menghantar anak ke sekolah ,etc.

IMG_8605

1 February 2015, harga minyak i.e. RON 95, 97 dan diesel turun. Namun, diperhatikan harga barangan dan perkhidmatan masih lagi harga lama. Sekali lagi, end customer masih tidak merasa kelebihan yang lebih tinggi di atas penurunan harga minyak.

IMG_8614

Cut prices now. Easy said than done. Especially di kotaraya ini apabila kos sara hidup semakin meningkat dan permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan pun semakin meningkat. Kuasa membeli pengguna dan kuasa pengguna agak kurang jika dibandingkan dengan di negara-negara maju. Demand and supply, selagi ada demand yang tinggi, selagi itu juga supply lebih mudah untuk bermain harga.

IMG_8615

Permainan ‘tuding jari’ masih tidak berkesudahan. Kedai makan menyalahkan supplier. Supplier pula menyalahkan kos barang-barang lain turun meningkat, dan etc. Kerajaan juga agak ‘tumpul’ dalam memantau harga secara berkesan.

Adakah kuasa pengguna tidak begitu kuat? Rasanya tidak, lihat saja pada satu ketika Boikot yang dilakukan ke atas Mc Donalds dan Cadbury. Memang berkesan. Namun, boikot sebegini memerlukan pengguna untuk bersatu padu. Adakah pengguna mampu melakukannya i..e kempen boikot kedai makan selama seminggu???

P.s : Kos sara hidup semakin meningkat, saya nasihatkan cuba jana pendapatan sampingan i.e. boleh belajar dengan yang lebih pakar –> Panduan Jana Duit Dari Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Harga Minyak Turun, Harga Barang Masih Tak Turun?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.