Bisness Baik Hasil Lumayan

Tengah hari tadi, dapat mesej dari seorang saudara –

IMG_8805

Mengajak saya join bisness baik punya. Dapat hasil lumayan. Boleh sembuhkan segala penyakit. Nama produk tersebut adalah natural herbs.

Saya agak skeptical especially dengan dua main point iaitu hasil lumayan dan sembuhkan segala penyakit. Saya bertanyakan lebih lanjut, antara main point yang diberikan oleh saudara mara saya ini adalah –

1) Produk kesihatan daripada baby sehingga orang tua boleh minum
2) Digunakan untuk sakit badan, lutut, batuk, selsema, penyakit kronik (really??)
3)Bukan MLM katanya
4) Jadi ahli, beli sekotak dapat RM40 daripada harga RM100 dimasukkan ke dalam akaun (40% profit margin buat ahli??)
5) Kawan-kawan dah ramai dapat bonus
6) Suaminya beli untuk sakit batu karang. Semakin ok katanya

Saya google dan jumpa info ini daripada Facebook Natural Herbs Marketing

Natural Herbs About
BELI PRODUK HARGA RM300.00 SEKALI SAHAJA BERPONTESI MENDAPAT IMCOME RM4500.00 SEHARI HANYA PERLU MENJUAL KEPADA 4 PENGUNA.

 

Maaf, saya tidak yakin kepada produk yang nampak ”too good to be true”. RM4,500 sehari? Almost sebulan gaji saya sebulan. Wow, betulke?

Maaf, saya kurang percaya produk ini. Untuk tidak melukakan hati saudara saya itu, saya diamkan dan tidak membalas mesej selepas itu. Tidak kata yes, tidak kata no. Saya pun tak pasti adakah betul seperti di kata khasiat produk tersebut? Sudah banyak saya dengar tentang banyak produk di luar sana yang tidak mendapat sijil dari Jabatan Kesihatan Malaysia dan tidak diiktiraf dan akhirnya sihat yang dicari, mudarat yang datang kepada diri.

P.s : Pernah dipujuk untuk bisness sebegini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Bisness Baik Hasil Lumayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.