Penyewa Pilihan – Awek Student vs Balak Bujang

Tenant yang menyewa 3 tahun+ akhirnya keluar bulan ini. Selepas shortlisted kan beberapa potential tenant baru, saya membuat pilihan untuk shortlistedkan 2 potential tenant ini –

Option 1 - Awek Student
Option 1 – Awek Student ( Kredit gambar Super Simple )

Background Info –
1) Student wanita TAR College Setapak
2) Asking rental RM1,800
3) Tenancy Agreement – 2 tahun
4) Expected penginap – 6-9 orang

Additional Inf0 – Memerlukan unit quite urgent. Semasa sesi viewing rumah, seorang student pun tidak hadir hanya abang kepada salah seorang student yang datang (katanya), dan mereka membenarkan kami melihat unit mereka staying sekarang.

lelaki kacak 1
Option 2 – Lelaki Bujang (kredit gambar Bonikacak.com)

Background Info –
1) Lelaki bujang bekerja di Petronas, dan bank tempatan
2) Asking rental – RM1,700
3) Tenancy Agreement – 1 Tahun
4) Expected penginap – 5-6 orang

Additional info – Perwatakan dan cara percakapan agak sopan. Datang view unit on time. Tidak begitu cerewet. Whatsap gambar unit mereka menginap sekarang. Tidak begitu urgent untuk berpindah (possibly within 1 month)

Saya ada tanyakan pendapat rakan-rakan di Facebook. Majoriti memilih Option 2. Saya letakkan di sini antara Option 1 dan 2 serta komen mereka –

Option 1 – Awek Student

Kelebihan –  student ni boleh cari penyewa seterusnya sbb ada network..but be careful rental rate perlu di renew sblm ambil tenant yg baru
Skrg, kriteria adalah ladies utk landed atau condo.

Kekurangan – dari segi consistency of rental payment. Pakai duit mak bapak l..damage tu dah covered so tak pening sgt. biasanya tandas akan sumbat.

Option 2 – Balak Bujang

Kelebihan – masa diorang kat rumah sangat sikit.Income yang lebih stabil.

Kekurangan – Lelaki lebih berpotensi untuk mengotorkan rumah.

Decision saya, saya memilih Option 2 disebabkan –

1) Sesi Interview saya agak konfiden dengan potential penyewa tersebut. Datang on time antara kriteria saya. Normally people yang on time ini menepati janji dan payment.
2) Perwatakan agak menarik. Sesi borak-borak tanya background kerja, expectation etc, tidak begitu cerewet. Sayapun pernah bujang. Mostly orang bujang bekerja, masa agak minima di rumah.
3) Lebih yakin dengan payment in future. Kerja Petronas dan bank commercial, Income agak stabil dan boleh tahan masyuknya. Sifu saya Jutawan Hartanah pun dulu kerja as banker.
4) Risiko rumah rosak boleh diminimizekan as mereka agreed untuk saya boleh datang melawat menyemak rumah dari masa ke semasa
5) Risiko bayar lewat or rumah rosak dapat diminizekan belajar dari kesilapan jangan sekali-sekali offset ataupun pulangkan deposit sebelum tengok keadaan rumah sebelum keluar
6) Agreed untuk kadar sewa RM1,750 instead of asking awal RM1,700 . Rate saya offer antara terendah di kawasan tersebut dengan kemudahan 2 parking.
7) Agreed untuk memberikan 1 bulan deposit terlebih dahulu kepada agent sebelum officially sign tenancy agreement with 2 + 1/2 deposit.
Decision saya reject option 1 antaranya –

1) Agak mencurigakan. Mula-mula kata 5 orang, pastu kata 7 orang. Pergi tengok rumah yang disewa sekarang, unit agak bersih. Namun, nampak ada 4 tilam bujang dalam bilik master. Katakan lagi 3 bilik lagi dihuni at least 2 orang, sudah 10 orang kesemuanya. Not easy for me to manage and potensi bayaran tidak penuh agak tinggi.
2) Rumah bersih dan nampak nice yang disewakan sekarang. Dalam ramai-ramai yang menyewa ‘student’ tersebut hanya seorang yang betul-betul mengambil peluang untuk mengambil hati bakal pemilik rumah . Percakapan nya agak nice. The rest macam melarikan diri dari saya dan isteri. Agak-agak kalau payment lewat, mudah ke bagi saya untuk mengejar payment?
3) Agak rushing. Saya tidak begitu konfiden rumah saya dapat direpairkan within 1 week seperti yang diinginkan tenant ini.

Tepuk dada, tanya selera. Jadi Pelabur Hartanah kena cuba buat pilihan yang dirasakan terbaik. Along the way, pengalaman akan banyak membantu dalam memilih penyewa terbaik.

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Penyewa Pilihan – Awek Student vs Balak Bujang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.