Kos Baiki Rumah Sewa ‘Penyewa dari Syurga’

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan entri Di Sebalik ‘Penyewa dari Syurga’ , tenant yang membayar cantik tapi bila keluar, haru biru jadinya. Ini quotation yang saya dapat dari salah seorang kontraktor, sebahagian daripada kos membaiki sebelum tenant lain boleh masuk :

IMG_8534

Total dalam RM2,320 belum termasuk lagi dengan kos repair kipas di semua bilik yang sudah tidak berfungsi (wondering, macam mana 3 bilik boleh rosak), Aircond yang sudah tidak berfungsi properly dan leakage, dan beberapa item lagi. Total, rasanya dalam Rm3K juga rasanya.

Previous tenant only agreed to pay 50% of it as katanya ada item tu i.e. cat due to wear and tear . Tak pastila argument dia tu betul or tidak. Kalau tidak terima, nampaknya saya kena tanggung 100% as deposit yang tinggal dengan saya hanyalah RM800 (1/2) bulan. Satu kesilapan besar apabila tidak pegang deposit 2 bulan dan saya offsetkan dengan 2 bulan terakhir dia tinggal. Satu pengalaman baru buat Newbie Property Investor macam saya. Belajar dari kesilapan.

Rezeki buat saya juga, tak sampai seminggu rumah kosong, sudah ada yang nak masuk rumah sewa saya. Masih shortlistedkan beberapa potential tenant antaranya student, lelaki bujang kerja di Petronas, family, etc.

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

P.s : Jangan mudah tergoda dengan wajah yang Alim dan lemah lembut. Boleh tahan juga rumah sewa dibuatnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Kos Baiki Rumah Sewa ‘Penyewa dari Syurga’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.