GST – Barang Apa Yang Bakal Naik Harga?

Goods and Services Tax (GST) @ Cukai Barangan dan perkhidmatan bakal dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 nanti. Pelbagai barangan dan perkhidmatan akan mencatatkan kenaikan harga. Ada juga barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST.

GST 2015
Expected price movement for selected items upon implementation of GST (6%) – Source : The Star

Barangan Yang Dijangka Turun Harga antaranya televisyen, peti sejuk, aircond, spark plug, bateri kereta, home theathre system, gas cooker, electric iron, pensil warna, dettol, diapers, kereta 850cc, buah-buahan import, plastic mat, soft drink. Sejauh mana benarnya sama-sama kita tengok nanti. Most barangan import yang sudah siap dijangka turun harga selepas implementation of GST.

Barangan Yang Tidak Dikenakan GST  antaranya roti (white and wholemeal), minyak masak (palm oil, coconut oil & groundnut oil), daging lembu, daging kambing, ayam), buah-buahan tempatan dan import, petrol unleaded 95, beras, sayur-sayuran, ikan dan udang, susu untuk bayi, telur ayam dan telur itik, public transport, minyak motosikal, minyak engin, toll, cili.

Barangan Yang Dikenakan GST dan dijangka naik antaranya mobile phone, komputer, IPAD and tablet, photocopy machine , transportation of goods, minuman, fish balls, motosikal, aiskrim, sos cili, sos tomato, cereal, makanan dalam tin.

Overall, boleh dikatakan most barang akan dijangka meningkat termasuk barangan yang tidak dikenakan GST kerana kos pengangkutan tetap dikenakan gst untuk mengangkut barangan tersebut. Overall, sudah pasti barangan tersebut akan dinaikkan untuk menampung kos tersebut.

Apa yang boleh dibuat bagi mengharungi GST ini? Pandangan peribadi, tingkatkan Income (Main & Side Income), kurangkan perbelanjaan, dan banyakkan melabur pada instrument yang menguntungkan antaranya Pelaburan Saham dan Unit Trust. Rajinkan Usaha dan Cuba Buat Duit dari Rumah. In Shaa Allah, kita mampu menongkah arus GST ini.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “GST – Barang Apa Yang Bakal Naik Harga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.