Flashback Blogging 2014

Flashback sepanjang 2014, Corat coret part time blogger, Eyriqazz.com –

2014 Eyriqazz

1) Family – Dari berempat, 2014 berlima. Alisya, Azim dan Ariana. Alhamdulillah, anak-anak pembawa rezeki. Isteri menang RM25,000 ketika mengandungkan Ariana. Financially as keluarga, getting better. 2014 tahun berjaya memotong salah satu kad kredit. In Shaa Allah, 2015 tahun bebas dengan kad kredit.

Traffik Eyriqazzdotcom 2014

2) Trafik Blog Eyriqazz.com – Mood berblogging dan keaktifan berblogging tidak seaktif 2013. Yup, bukan mudah sebenarnya nak mengekalkan momemtum berblogging. Ramai rakan blogger yang lama saya kenali ada yang sudah tidak aktif berblogging. Anyway, trafik 2014 :

Unique visitors – 736,352 (Average 2,000+ Unique Visitors Sehari)
Pageview visitors – 1,877,944 (Average 5,000+ Page view sehari)

3) Income Blogging – Antara platform Income blogging 2014 antaranya –

A) Nuffnang – Ini antara penyumbang terbesar tahun-tahun sebelum ini. 2014, not anymore especially semakin kurang Advertorials yang diterima.Income terakhir untuk bulan November 2014 adalah RM50+ dan December 2014 tidak berjaya untuk Cash Outkan Income kerana tak reach RM50 pun . Β 2014 rasanya kurang dari 10 Advertorials yang diterima jika dibandingkan lebih dari 20+ untuk tahun 2012 dan 2013. Mungkin Nuffnang sudah beralih kepada bloggers baru/muda yang lebih cantik, hensem, dan mempunyai followers yang ramai. Sedang mempertimbangkan platform menjana pendapatan untuk 2015. Kesetiaan pun kena pertimbangkan Pro & Cons juga kan?

Progtam Affiliate Lazada Malaysia

B) Affiliate – Antara platform yang menjana Income terbesar untuk Eyriqazz.com untuk tahun 2014. Antara medium Affiliate yang berjaya menjana Income untuk tahun 2014 antaranya Klikjer, Ashadee, eQurban, Lazada Malaysia, dan pelbagai lagi.

C) ChurpChurp – Medium mendapatkan Income melalui promosi melalui Facebook/Instagram. Berjaya Cash Out kan sekali dengan amount lebih kurang RM400+ untuk tahun 2014.

Income Pertama Piximy

D) Pixi.My – Medium pengiklanan melalui Instagram. Berjaya cash outkan sekali dengan amount lebih kurang RM100+

E) Dropship – 2014 mencuba dropship Produk Ephyra. Alhamdulillah, sambil-sambil berjaya jana lebih kurang 4 angka dengan dropship ini. Berminat nak join dropship Ephyra? Boleh la hubungi saya di eyriqazz@gmail.com

F) Direct Advertorial – Alhamdulillah, rezeki direct Advertorial 2014 boleh tahan juga. Ada yang terpaksa yang saya tolak juga i.e. yang tidak menepati citarasa dan rasanya agak sensitif i.e. peluang Advertorials dari McDonalds, Yun Nam, produk kecantikan yang meragukan, dan produk yang saya rasakan kurang sesuai dengan pembaca blog saya. Bagi saya, biarla advertorial yang saya hasilkan memberikan Win, Win, Win kepada Advertiser, saya, dan juga pembaca.

Tepuk dada, tanya selera. Melalui platform blogging ini, apa yang saya belajar, nak menjana income kena ada usaha. Antara part terpenting yang banyak blogger Malaysia tak buat antaranya adalah Action . Ilmu ada tapi tidak dipraktikkan termasukla diri sendiri.

4) Achievement – Antara achievement blogging 2014 –

DSC00091

–> MenangΒ Best Design Sofa Maker – Menang Sofa dari Courts MalaysiaΒ yang dianjurkan oleh Courts Malaysia dan kerjasama dengan Ogilvy Malaysia.

Affiliate eQurban 2014

–> Top 10 Affiliate eQurban 2014

restoran maya feedback

–> Membantu Bisness Melayu untuk lebih maju melalui blog. Persahabatan dibina, kegembiraan terhasil.

Overall, ada yang improve di tahun 2014 dan ada juga yang semakin menurun jika dibandingkan dengan 2013. Adat la tu kan?

Sedikit corat coret 2014. Tahun 2015, semestinya tahun lebih mencabar untuk blogging. Lihat saja entri ini, 3 January 2015 baru dapat hasilkan entri pertama. Adakah tanda-tanda untuk berhenti berblogging? Who know kan? In Shaa Allah akan cuba untuk terus aktif dalam mencapai cita-cita berblogging iaitu berkongsi informasi, menjana pendapatan dan membantu insan yang lebih memerlukan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Flashback Blogging 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.