Di Sebalik ‘Penyewa dari Syurga’

Last time, saya ada berkongsi entri Penyewa dari Syurga. Kisah penyewa saya yang bayar prompt dan tidak banyak kerenah for the past 3 years. Minggu ini penyewa ini keluar kerana membeli kediaman baru di KL. Quite shock, salahkan diri sendiri juga kerana terlalu percayakan penyewa ini for the past 3 years langsung tidak berkesempatan untuk melihat sendiri condition rumah sewa saya. Inilah Condition rumah ketika tenant tersebut keluar –

Penyewa 20151
Dinding banyak berconteng. Rasanya anak-anak penyewa yang conteng. Quite kotor

Penyewa 20152
Ruang tamu. Memang mata memandang pun agak ‘sakit’
Penyewa 20153
Salah satu bilik. Mentol ada yang dicabut tidak dipasang balik. Memburukkan keadaan, bil elektrik juga dipotong ‘penyewa’ belum bayar full bil elektrik
Penyewa 20154
BUka mesin basuh. Beberapa ekor lipas keluar. Tak pasti masih boleh digunakan tidak
Penyewa 20155
Agak kotor ruangan dapur
Penyewa 20156
Sinki agak teruk. Berkarat tidak diselenggara dengan betul
Penyewa 20157
Sebelah peti sejuk agak kotor. Compartment peti sejuk ada yang hilang. Ditinggalkan dan tidak dicuci dengan bersih
Penyewa 20158
Masih ada sampah di atas peti sejuk
IMG_8452
Plug yang sudah di’mcgyverkan’ rasanya
IMG_8453
Double skating yang kami pasang pun turut diambil. Katanya mereka yang bayar dahulu. Sorry, kami tidak pernah minta tenant bayarkan apa yang ada dirumah sebelum disewakan
IMG_8454
Aircond di bilik utama sampai berkarat. First time saya jumpa aircond yang berkarat sebegini. Tak pasti masih boleh digunakan or tidak
IMG_8456
Double skating rail langsir di bilik kedua pun turut diambil
IMG_8458
Lampu dicabut dan tidak digantikan kembali
IMG_8461
Pengubahsuaian lampu lain tanpa kebenaran kami
IMG_8464
Sabar-sabar, mungkin ada hikmah disebaliknya

Inilah adat resam Pelabur Hartanah, tidak semuanya rossy dan Indah belaka. Saya terlupa part Penyewa Idaman bukan sekadar bayar sewa cantik setiap bulan, namun turut menjaga rumah dan bila keluar keadaan seperti masuk dahulu , lebih baik or tidakla terlalu jauh berbeza. Saya pula sebelum ini mengambil langkah yang silap, benarkan 2 bulan deposit untuk 2 bulan terakhir menyewa tenant tidak membayar. Yang tinggal dengan saya hanyalah RM800 1/2 bulan deposit yang saya rasakan kos membaiki semula mungkin mencecah 2-3 bulan kadar sewa sebelum ini.

Belajar dari kesilapan. Samalah juga kalau mula-mula membeli rumah, pelajari Tips Lulus Loan Rumah sebelum membuat pinjaman perumahan. Hari pertama tengok rumah, sempat tunjukkan kepada 2 agen. Salah satu dari agen tersebut agreed nak sewakan unit kami pada kadar RM1,800 sebulan untuk customernya “Student dari Unitar”. Masih belum decide lagi nak terima or cari penyewa lain.

Bagi yang tercari-cari tips terbaik menyewa rumah i.e. tips mencari penyewa dari syurga, menapis penyewa etc, saya rekomenkan untuk dapatkan Panduan Tips Sewaan Rumah ini yang ditulis tak lain tak bukan sifu saya, Abangensem. Dapatkan di sini –> Tips Sewaan Rumah

P.s : Hati-hati bila menyewa rumah. Bukan mudah nak mencari Penyewa dari Syurga.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

51 thoughts on “Di Sebalik ‘Penyewa dari Syurga’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.