Pak John Steamboat & BBQ eCurve Mutiara Damansara

Weekend lepas sempat singgah dinner di Pak John Steamboat & BBQ eCurve Mutiara Damansara. Pertama kali ke sini. Seisi keluarga dan juga Adik Ipar & Isteri. 

Pak John Steamboat Ecurve 6

First impression sampai, restoran nampak agak bersih dan selesa. Pelbagai pilihan makanan untuk menjamu selera. Eat as much as you can dengan menu set dinner. 

Pak John Steamboat Ecurve 11

Bahagian seafood dan yong tau fu semestinya menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang berkunjung ke sini. Personally, saya memang suka singgah di Steamboat yang turut ada BBQ sekali. Lebih pelbagai dan pilihan untuk menjamu selera. 

Pak John Steamboat Ecurve 29

First round. Antara yang diambil udang, pepahat, daging, ayam, etc. Nampak agak fresh. Isteri pun memang suka seafood. Isteri adik Ipar pula, memang penggemar Steamboat. Memang kenala bawa makan di sini. 

Pak John Steamboat Ecurve 31

Tunggu untuk masak. This time kami ambil sup tomyam dan sup ayam. Sup tomyam dia bolehla tahan. Sup ayam, isteri cakap nice dan kena dengan seleranya.

Pak John Steamboat Ecurve 33

Nampak menyelerakan. Jom makan, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.

Pak John Steamboat Ecurve 34

Tomyam for me dan daging, ayam dan udang BBQ. Quite nice sudah siap dengan rempah. Just bbqkan aja dan voila, enjoy it.

Pak John Steamboat Ecurve 36

Bila datang dan makan ramai-ramai, mood makan pun rasa lebih berselera. kalau datang sorang, rasa macam sekejap je kenyang. Hehehe.

Pak John Steamboat Ecurve 27

Air jus , k0pi dan air kosong turut disediakan. Free flow. Minumje berapa gelas yang hendak. 

Pak John Steamboat Ecurve 55

Ini antara favourite saya. Aiskrim potong. memang sedap. Saya saya pekena 3 batang aiskrim potong durian, 2 batang aiskrim potong perisa kacang hijau.

Pak John Steamboat Ecurve 16

Nasi goreng pun ada. Quite nice juga rasanya.

Pak John Steamboat Ecurve 17Pepahat dan clamp shell berkari. Tak sempat nak try. Hehehe.

Pak John Steamboat Ecurve 26

Time weekend normally ada live band. Sambil makan, boleh dengar lagu. Suatu kelainan yang cuba ditonjolkan di Pak John Steamboat & BBQ, eCurve.

Pak John Steamboat Ecurve 53

Pelbagai pilihan sup untuk steamboat antaranya Beef Bone Pepper Soup, Prawn Soup, Miso Soup, Curry Soup, Tomyam Soup dan Chicken Soup. Sempat try dua sup terakhir. Boleh refill dan minta tambah kalau sup dah habis ketika makan.

Pak John Steamboat Ecurve 54

Pelbagai sauce untuk dipilih. Sesuai makan bersama juadah BBQ.Pilihje yang mana berkenan di hati.

Pak John Steamboat Ecurve 14

Ini antara main attraction di sini. Specialized daging i.e. Australian Beef Slices, Smoked Duck Breast Slices, New Zealand Lamb Slice, Smoke Abalone SLices, dan Chicken SLices. Ada antara daging ini diimport khas dari luar negara.

Pak John Steamboat Ecurve 42

Adik Ipar sempat pekena Australia Beef Slices. Mungkin jarang merasa dan tiada rempah, adik ipar cakap rasa macam hanyir sedikit. 

Pak John Steamboat Ecurve 12

Selain Steamboat & BBQ, boleh la juga mencuba Teppanyaki, Burger dan Roti Canai. Kena inform diorang, dah pekerja akan masakkan untuk anda.

Pak John Steamboat Ecurve 13

Dim Sum pun turut disediakan. Pelbagai pilihan untuk dipilih.
Pak John Steamboat Ecurve 38

 

Ini favourite anak saya. Waffle. Kaya balls pun ada. 

Pak John Steamboat Ecurve 18

Dah lepas 8 malam, semakin ramai yang datang berkunjung. Perut berkeroncong, datang singgah dan makan, voila la kan?

Pak John Steamboat Ecurve 44

Height Measurement. Kanak-kanak bawah 130 cm dikenakan separuh harga. Lebih 130 cm, dikenakan harga macam dewasa iaitu RM36++ time weekdays dan RM39++ time weekend.

Pak John Steamboat Ecurve 49

Tertanya-tanya, adakah pemiliknya bernama John sesuai dengan nama restoran tersebut?

Pak John Steamboat Ecurve 47
Satu pujian dari saya. Contest + Komen untuk improvekan lagi restoran di samping pengunjung berpeluang memenangi Hadiah menarik. Kalau tak silap, hadiahnya voucher bernilai lebih dari RM1,000. 

Pak John Steamboat Ecurve 46

Harga buffet steamboat di sini adalah RM36++ time weeekdays, RM39++ untuk weekend. 

Overall experience, enjoyable. Rating saya berikan 7/10 untuk Restoran ini. 

Selain itu, ini antara cadangan bagi saya dalam penambahbaikan dan menarik lebih ramai pengunjung pada masa hadapan :

IMG_7903

1) Status Halal Jakim 
– Saya diinformkan oleh pemilik restoran, bahawa restoran ini menyediakan makanan halal dan supplier yang halal. So far, di restoran tiada sijil halal dipamerkan. Pandangan saya, boleh dapatkan sijil halal dari Jakim supaya pengunjung especially yang beragama Islam tidak ragu-ragu untuk memilih restoran ini untuk menjamu selera.

2) Tambah lagi Pilihan Seafood dan Makanan untuk Kanak-Kanak
– Pilihan Seafood personally tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan Steamboat lain yang pernah saya pergi. Mungkin boleh tambah seafood lagi antaranya ketam, ikan yang dipotong kecil-kecil, kerang, dan pelbagai lagi.

3) Customer Service – Pekerja-Pekerja di Restoran
– Most pekerja saya perhati berbangsa asing dan kurang arif dalam customer service i.e. apabila ditanyakan dalam banyak-banyak sup, mana satu yang mostly pengguna suka?. Ada yang langsung tidak boleh bertutur in english or melayu. Kena latih pekerja-pekerja asing ini dan juga tambah juga pekerja tempatan i.e. macam melayu saya perhatikan hanya ada lebih kurang 3 pekerja sahaja.
4) Perbaiki Rasa Sup dan Sos BBQ
– Sup Ayam OK. Sup Tomyam masih belum kurang Kick. Sos BBQ, just OK. Need to improve on this

5) Live Band – Make it More Santai 
– Mula-mula sampai agak “loud” bunyinya. Ok ada live band, tapi volume tu diperlahankan sikit dengan lagu2 yang bercorak lebih santai.

6) Loyalty Card for Loyal Customer 
– Kad bercop sekarang nampak macam kurang menarik dan mudah tercicir. Buat kad, nampak lebih “Profesional” dan lebih menarik.

7) Customer of The Month
– I.e. cam Sogo Malaysia buat, Customer of The Month dengan hadiah menarik buat customer dengan gambar or komen menarik di Facebook , Instagram or Twitter. 

8) Contest dan More Promotion Please
– 
Pelbagaikan contest dan promosi. So far, bila saya tanyakan 10 dari rakan-rakan, hanya lebih kurang 1-2 orang saja yang pernah singgah di Restoran Pak John and Steamboat

Info lanjut pasal Restoran ini, bolehla – 

Pak John Steamboat Ecurve 1Pak John Steamboat & BBQ Ecurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913
Website – http://www.pakjohn.com/

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Pak John Steamboat & BBQ eCurve Mutiara Damansara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.