Mesej Cinta dari Maya Karin

Terkedu sekejap bila terima mesej cinta dari Maya Karin di Facebook. Gosok-gosok mata, betulke ni? Macam mimpi je? Dia tersilap hantar ke?

Maya karin Bertudung
Kredit gambar – LimauAis.com

Owhh, ayunya Maya Karin bertudung. Hehehe, dream on eyriqazz. Bukan Maya karin, another maya yang hantar mesej, begini bunyinya :

 

restoran maya feedback

 

“Salam, saya Maya pemilik Maya Restaurant Langkawi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Eyriqazz, kerana menulis blog dan memberi komen yang sangat baik tentang restaurant saya. Disebabkan penulisan En, dan dengan rezeki yg diberikan oleh Allah, perniagaan saya bertambah maju dan 70% pelanggan yg datang adalah berdasarkan blog Tersebut. Terima kasih byk2. Semoga Allah yg dpt membalas kebaikan En. Semoga 1 hari nt, kita dpt berjumpa.”

Lagi touching bila baca satu status di Wall pemilik restoran tersebut –

Feedback maya langkawi

 

“Aha…. Penangan blog tersebut bkn saja org biasa, Mak2 Datin pun datang ke Maya Restaurant. Yg lucunya terketaq2 staff I nk ambik order sebab siap dgn 2 org bodyguard kiri kanan dok sebelah staff I. Bodyguard tu cum to Butler lg. Mak Datin mkn sambai belacan u….”

Inila penangan dari entri Restoran Seafood Maya Pulau Langkawi . Memang terharu dan rasa kepuasan berblog dapat menolong sebangsa dan seagama dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah, rezeki berblog pun makin murah sampai ada yang terpaksa saya tolak dek kekangan kerja dan faktor masa.

In Shaa Allah, kalau ada yang berminat nak mempromosikan di blog saya dan kena dengan selera saya, akan cuba saya bantu. Bagi yang mahu beriklan di blog saya, bolehla hubungi saya di eyriqazz@gmail.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Mesej Cinta dari Maya Karin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.