Hati-Hati dengan Nombor Pin Kad ATM

Berkongsi pengalaman, kisah yang berlaku ke atas rakan seofis eyriqazz. Jumaat lepas, rakan wanita seofis eyriqazz, singgah solat di salah sebuah stesen minyak petronas di Serdang (kalau tak silap). Singgah solat di Surau yang disediakan. Ketika mengambil wudhu, dia meninggalkan beg nya di dalam surau (tidak jauh dari tempat wudhu). Dipendekkan cerita, begnya dicuri ketika dia tengah solat.

Maybank ATM

Lebih mengejutkan, pencuri tersebut berjaya mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM di lebih kurang dua mesin ATM yang berasingan. Pencuri berjaya mengeluarkan dalam RM8,000 duit rakan seofis dari dua akaun maybank yang berasingan. Surprise, macam mana pencuri berjaya mengeluarkan duit dari mesin ATM?

Rupa-rupanya pencuri tersebut try and error rasanya, guest nombor password. Easy guest, rakan sepejabat menggunakan no. Pin iaitu tarikh lahirnya. Of course, tarikh lahir tersebut ada di kad pengenalan kan? 

Perkara dah terjadi, mengingatkan rakan-rakan dan pembaca eyriqazz untuk tidak menggunakan no. pin yang mudah diguest oleh orang lain seperti tarikh lahir, tarikh anniversary, tarikh lahir anak-anak, etc. Cuba pergi lebih jauh, nombor yang kita mudah ingat tapi orang lain susah ingat i.e. gabungan nombor telefon mak dan ayah, etc.

P.s : Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Hati-Hati dengan Nombor Pin Kad ATM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.