Testimoni Tanpa Kebenaran

 

Mula-mula rasa agak bangga sekejap bila testimoni Restoran Review Restoran Ayam Penyet AP pada tahun 2010 muncul di wall salah sebuah cawangan restoran tersebut di Danau Kota/KL Festival City. Personally, time tu , wah, testimoni saya muncul di wall restoran tersebut. Bangga dan terkedu sekejap. 

Fast forward, saya antara yang berkunjung di restoran ini saban tahun. Namun, sejak akhir-akhir ini especially tahun ini, saya merasakan rasanya tidak lagi sesedap dulu. Layanan pun sudah semakin hambar. Saya agak saya sorang je merasakan hal tersebut. Yerlah, ingatkan usia dah bertambah, deria rasa dan makin berkurang. 

Namun, apabila mendapat feedback dari seorang rakan blogger @ Elizabeth – 

”  I din know that they quoted you without permission. And seriously speaking…sebab I nampak ur quote, KY, Epicurious girl punya quote on their restaurant wall baru I terpanggil to patronize them…because I trust your judgment…and I ingat memang worth my money. But in the end…so disappointing. Makan kat mamak lagi best.”

Urrm, rasa kurang selesa bila testimoni saya digunakan dan ianya now Indah khabar dari rupa. 

[+] Rahsia Bisnes Burger Yang Lumayan

Saya minta bantuan rakan blogger, Ben Ashaari untuk bertanyakan seorang lawyer berkenaan hal ini, i.e. saya mahu restoran tersebut removekan testimoni saya di wall restoran mereka kerana saya sendiri pun sudah tidak believe testimoni saya itu buat masa sekarang kerana dari segi rasa sudah tidak seperti dulu lagi (personal opinion) . 

In Shaa Allah, saya akan proceed hantar surat peribadi terlebih dahulu. Jika tiada respons mungkin follow up dengan surat legal, Legal Notice of Demand untuk removekan testimoni saya kerana dua perkara iaitu testimoni tersebut di wall restoran tersebut tanpa kebenaran saya walaupun ianya ada di blog saya dan saya sendiri sudah tidak merasakan rasanya sedap seperti dulu lagi. Ditambah pula, saya tidak mahu pengguna menyalahkan saya rasanya Indah Khabar dari rupa dan rasa tertipu mencuba namun hampa disebabkan testimoni saya tersebut.

Apa pandangan pembaca? Pernah singgah di restoran ini recently? Apa pandangan korang?

Updated 13 November 2014 – Terima e-mail dari Restoran Ayam Penyet AP, testimoni saya akan dikeluarkan dalam masa 14 hari.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Testimoni Tanpa Kebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.