Susahnya Nak Menyimpan

Pernah tak alami situasi camni –> Susahnya nak menyimpan sejak start kerja ni. Ada saja perkara yang datang di kemudian. Dah elok-elok buat simpanan, then ada emergency yang perlu pakai duit segera. Nak beli barang, nak bertunang, nak kahwin, Isteri nak beranak, nak beli kereta, nak bayar downpayment rumah, nak bayar itu dan ini. Akhirnya, yang disimpan semakin menyusut.

Pengalaman peribadi sendiri, sudah buat simpanan potong gaji di ASB dan Tabung Haji. Tak sempat nak mencecah 5 angka. Dah ambil. Emergency. Nasib tak baik ,tak sempat  sampai 4 angka, dah ambil dan keluarkan. Kos sara hidup makin meningkat, nak buat camne kan?. Kena la keluarkan. 
Tabung Bunian

Namun, sejak saya mengamalkan Tips Tabung Bunian , saya berjaya mengatasi masalah susah nak menyimpan. Saya simpulkan 3 step di sini –

1) Simpan secara konsisten. Tak kisah la berapa minimum. Saya bermula dengan Rm50 sebulan
2) Cari tempat yang susah nak keluarkan or memang tak boleh keluarkan. Cam kes saya, saya simpan di Koperasi Ofis. Kalau nak keluarkan semua, kena keluar ahli koperasi. Every year, maksimum boleh keluarkan 10-20% dari baki.
3) Tambah secara konsisten setiap tahun. Dari RM50 naikkan la jadi RM100, RM200 etc. Now, myself, dah naikkan RM300 sebulan.

Hasilnya, Alhamdulillah, adalah dalam RM8,100 dalam Akaun Koperasi saya. Mungkin jumlah yang kecil bagi sesetengah orang, tapi saya cukup happy dengan amaun tersebut. Susah nak keluarkan, reserve fund untuk masa hadapan.
tabung bunian anak 

Tabung Bunian anak saya yang berusia 5 tahun pun lebih banyak dari saya bila dipraktikkan tips tabung bunian. Memang berkesan.

Lepasni bolehla saya praktikkan Tips Tabung Bunian untuk Pelaburan Unit Trust dan Pelaburan Saham pada masa hadapan pula. Belum cuba, belum tahu kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Susahnya Nak Menyimpan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.