Seminar Dunia Pelaburan Saham Buat Bumiputera

Seminar Dunia Pelaburan Saham 13

Beberapa minggu lepas telah dianjurkan Satu Seminar Dunia Pelaburan Saham dari Wealth Magnet International, khas buat bumiputra yang diadakan di Menara PGRM. Sedikit info berkenaan Seminar Saham ini –

” Program yang berlangsung selama 2 hari adalah untuk peserta mengenali dunia pelaburan saham dari perspektif bumiputera. Program ini mendedahkan potensi untuk memperolehi pembiayaan sehingga 90% bagi pemilikan saham IPO melalui MITI. Peserta akan didedahkan dengan asas fundamental dan analisa teknikal, serta bagaimana mengenalpasti syarikat berpotensi untuk dilaburkan”

Seminar Saham ini telah dianjurkan sejak tahun 2012 dan telah menerima lebih dari 7,000 Peserta.

Seminar Dunia Pelaburan Saham 2

Agak meriah suasananya dengan kehadiran lebih dari 400 Peserta dari seluruh pelusuk Malaysia bagi belajar selok belok pasal Saham. Personally, diri sendiri masih belum arif tentang pelaburan saham. High risk, high return. Namun risk itu dapat dikurangkan i.e. jika belajar ilmu yang betul seperti menghadiri seminar sebegini.



Seminar Dunia Pelaburan Saham 5

Seminar ini telah disampaikan oleh Haji Mohd Asri Ahmad iaitu antara Mentor Pelaburan Saham Terbaik di Malaysia yang telah banyak mengadakan seminar berkenaan saham dan juga menghasilkan beberapa buah buku antaranya Jejak Mentor Pelaburan Saham, Mudahnya Pelaburan Saham dan terbaru , Melabur atau Melebur. 

Seminar Dunia Pelaburan Saham 9

Memang meriah melihat peserta yang begitu bersungguh-sungguh dan tekun dalam mempelajari selok belok saham. Maybe one day, saya pun akan turut join Seminar sebegini. Kos sara hidup semakin meningkat, perlu tingkatkan ilmu dan usaha bagi menjana pendapatan. Saya melihat, Pelaburan Saham ini antara platform terbaik untuk menjana income secara konsisten jika kena caranya, ilmu yang betul, sifu yang bagus, dan pengalaman yang berterusan dipraktikkan.

Seminar Dunia Pelaburan Saham 10
Antara buku-buku Pelaburan yang menarik minat saya sekali

Seminar Dunia Pelaburan Saham 12

Bertuah, saya turut sempat menghadiri sesi bersama  Dato Dr Mohd Nazri Khan iaitu  First Vice President, Head of Retail Strategy, Affin Hwang Capital dan juga Presiden MATA (Malaysian Associates of Technical Analysts) iaitu badan yang bertanggungjawab dan berkuasa dalam bidang Teknikal Analisis di Malaysia. Antara informasi yang dikongsikan antaranya :

1) Keseluruhan nilai saham di Malaysia bernilai RM1.5 trillion kini, namun penyertaan equity dari bumiputra masih lagi rendah
2) Pelabur runcit dalam saham sekitar 100 ribu sehari, namun hanya 4% adalah bumiputera
3) Pemilikan Hartanah di Malaysia hanyalah 24% bagi bumiputera setakat Oktober 2014. Di manakah silapnya? 
4) Kos sara hidup antara isu utama yang dihadapi kini. 66% gaji di bawah RM5 ribu seisi rumah 
5) Kenaikan gaji tidak seiring dengan kos sara hidup, apakah jalan penyelesaiannya? 

Agak merugikan apabila Bumiputera masih lagi mundur dari segi ekonomi. Sikap acuh tak acuh tak tidak mahu berusaha lebih antara faktor yang boleh saya katakan. Malu dan malas belajar ilmu kewangan dan selok belok pelaburan antara faktor bumiputera agak takut untuk melakukan pelaburan yang diluar kebiasaan i.e. melabur dalam saham. Termasuklah diri sendiri yang masih belum mengorak langkah untuk melabur di dalam Saham. In Shaa Allah, akan cuba belajar selok belok saham dan mula mengorak langkah melabur dalam saham.

Seminar Dunia Pelaburan Saham 15

Pelbagai feedback positif dan memberansangkan diterima dari bekas peserta Seminar ini. Antara yang saya boleh kongsikan di sini antaranya :

“Selepas Program Ini, saya meraih pulangan tidak pernah terfikit sebelum ini. Alhamdulillah, selepas 11 bulan mengikuti program anjuran Wealth Magnet, kini setiap bulan pendapatan pelaburan saham mencecah 5 angka” – Roslinah Laikoi

Mitos Pelaburan Saham  – Haram? Susah? Hanya Untuk Orang Kaya? Jom Ubah persepsi kita. Sudah banyak saham yang patuh syariah yang boleh kita laburkan. Susah? Mudah kalau tahu caranya. Untuk orang kaya? Kalau dulu minimum nak beli 1,000 unit saham, sekarang 100 unit saham pun sudah boleh dibeli.

Retun on Investment Pelaburan Saham? = Better than Pelaburan Unit Trust dan Hartanah jika kena caranya… Potential return boleh mencapai >20% setahun.

Wow, saya pun turut teruja mendengarnya. Melabur atau Melebur? Anda tentukan. Pelaburan yang bagus perlu dilengkapi dengan ilmu yang bagus dan guru yang berpengalaman. 

Seminar Pelaburan Saham’ oleh Tuan Hj Mohd Asri bin Ahmad dan Dato’ Dr Mohd Nazri Khan antara yang saya rekomenkan. Sayapun agak terlambat mengetahui informasi mengenai seminar ini. Namun belum terlambat rasanya untuk turut belajar sama.
Sesi seterusnya bakal diadakan pada 19 & 20 Disember 2014 di Shah Alam. 

Untuk maklumat lanjut mengenai seminar-seminar yang bakal diadakan di masa akan datang, bolehla hubungi :
Wealth Magnet International

016-2296760 | 019-2102796 | 019-3134544
rcs-event@richworks.com.my
Facebook – Wealth Magnet

 

Bagi yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang Pelaburan Saham, bolehla dapatkan Panduan Analisa Saham yang berkongsikan informasi berkenaan Pelaburan Saham dan tips-tips dalam menjana pendapatan yang lumayan dengan saham.

P.s : Jangan Melabur Jika Anda Tidak Tahu Apa yang anda Laburkan? Laburkan terlebih dahulu dalam Pelaburan Ilmu, In Shaa Allah, hasilnya lebih lumayan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Seminar Dunia Pelaburan Saham Buat Bumiputera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.