RM20,000 Milik Juara Cabaran Shell Fuelsave 2014

Cabaran Shell FuelSave 2014 menutup tirai bulan lepas dengan cabaran menemukan 4 Finalist dari wilayah wilayah yang berbeza, cabaran final pada 18 Oktober 2014 dengan mengharungi perjalanan sejauh 90km dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell Fuel Save 2014 yang ditajakan khas oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd.

Picture 1.0 (2)

Peserta dilepaskan seawal pagi. Harapan berkobar-kobar untuk memenangi cabaran kali ini. Semua tips dan ilmu yang dipelajari sepanjang cabaran pusingan wilayah dipraktikkan di cabaran kali ini. Siapakah agaknya yang berjaya dalam cabaran final ini?

IMG_1525

Shell FuelSave 2014 ini turut diserikan dengan kehadiran Duta Shell iaitu Artis Popular Lisa Surihani dan Fahrin Ahmad. Satu inisiatif yang bagus, lebih ramai yang datang ketika cabaran kali ini bagi menyaksikan cabaran secara live disamping dapat berjumpa dengan artis popular ini.

Picture 3.0

Tahniah diucapkan buat Muhammad Kamal Asyraf, wakil dari Wilayah timur yang telah memenangi Cabaran FuelSave 2014 dan membawa pulang hadiah bernilai RM20,000. Dengar cerita dari rakan-rakan blogger yang hadir, rezeki anak. Bro Kamal dikhabarkan baru menerima cahaya mata, beberapa hari sebelum cabaran final ini. Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Piciture 4.0

Tahniah juga diucapkan buat rakan blogger, Hafiz Rahim, wakil dari Wilayah Tengah yang mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM5,000. Next year, mungkin giliran saya pula join sekali cabaran final ini?

Shell FuelSave Journey sebelum ini turut mendapat sambutan hangat dengan para peserta perlu menyempurnakan lebih dari 25,000 misi yang ditetapkan dan menghantar gambar-gambar serta video-video berkenaan pandangan dan tips penjimatan bahan api.

Info lanjut, Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.

Saya antara pengguna Setia Shell FuelSave 95. So far, memang puas hati. Kereta myvi yang kami gunakan, estimate minyak dalam RM40-RM60 seminggu. Quite ok la for us. Motosikal pula, kurang dari RM10 seminggu. Jimat-jimat.

Selain itu, kena titik beratkan juga Penjagaan Kereta yang konsisten bagi memastikan kereta sentiasa terjaga.

Feedback saya lagi, maybe boleh tukar sistem point Bonus Link dengan Sistem point Shell sendiri i.e. boleh tukar dengan isian minyak di shell or barangan di kedai shell kerana saya merasakan sistem point bonus link kurang menarik dan agak lambat point berjaya dikumpulkan untuk diredeemkan hadiah. Jika lebih menarik sistem point, lebih ramai yang akan terus setia bersama Shell, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “RM20,000 Milik Juara Cabaran Shell Fuelsave 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.