Pandangan Saya – Syarat Baru Pinjaman PTPTN dan Jumlah Pinjaman Berasaskan BR1M

Tertarik dengan entri rakan blogger Hasrul Hassan yang bertajuk Syarat Baru Pinjaman PTPTN dan Jumlah Pinjaman Berasaskan BR1M. Sedikit informasi saya copykan dari entri tersebut :

Syarat Baru PTPTN Lebih Ketat Mulai 1 November 2014

Ada syarat baru dalam PTPTN.

  • Kelayakkan jumlah pembiayaan akan ditapis menggunakan data BR1M, bagi semua 50,000 peminjam baru. Jika ibu bapa terima BR1M maka pelajar berkenaan akan terima pinjaman maksimum. 
  • Bagi ibu bapa yang bukan penerima BR1M dan berpendapatan tidak melebihi RM8000, pelajar berkenaan hanya layak terima 75 peratus daripada pinjaman tersebut. Jika ibu bapa bukan penerima BR1M dan berpendapatan lebih dari RM8000, maka pinjaman yang diberikan hanyalah 50 peratus sahaja.

Pandangan peribadi saya tentang Syarat baru ini –
1) Langkah drastik yang perlu dilakukan oleh PTPTN apabila ramai pemimjam PTPTN gagal membayar pinjaman. Ada yang saya dengar, tidak pernah membayar for the past 10 years walaupun sudah memiliki pekerjaan yang stabil dan income yang bagus.
2) PTPTN juga gagal dalam pelaksaan dan inisiatif dalam menjadi Ah Long yang berjaya bagi mendapatkan kembali pinjaman. Personally, pinjaman pada kadar 1-3% yang dikenakan PTPTN masih lagi rendah jika dibandingkan dengan pinjaman peribadi, kredit kad or lain-lain pinjaman.

Macam Mana Ibu bapa nak solve problem ini pada masa hadapan?


1) Mulakan menabung sejak anak-anak dari kecil. In future, tak perlula sangat nak mengharapkan pinjaman PTPTN ini . Saya rekomenkan cuba praktikkan Tips Tabung Bunian ini 

senarai-biasiswa

2) Titik beratkan pelajaran kepada anak-anak. Jika mendapat result yang cemerlang berpeluang untuk apply Biasiswa. Pelbagai biasiswa ditawarkan di Malaysia i.e. JPA, UEM, Sime Darby, Petronas dan pelbagai lagi. Ada lebih kurang 88 Jenis Biasiswa di Malaysia yang boleh apply bagi mereka yang layak. 

88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

3) Mulakan Pelaburan yang berkesan dan cari guru dalam melabur. Saya rekomenkan Pelaburan Hartanah, Pelaburan Saham dan juga Pelaburan Unit Trust.

Tidak perlu kita nak bergantung 100% kepada PTPTN. Bagi yang meminjam, buatla bayaran. Tindakan anda menangguhkan bayaran merugikan adik-adik or anak-anak yang memerlukan bantuan Pinjaman PTPTN pada masa hadapan. Hutang tetap hutang, perlu dijelaskan.

P.s : Apa pula pandangan korang tentang syarat baru PTPTN ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Pandangan Saya – Syarat Baru Pinjaman PTPTN dan Jumlah Pinjaman Berasaskan BR1M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.