Nasi Lemak Sedap di Kuala Lumpur

Salah satu tempat untuk pekena nasi lemak sedap di Kuala Lumpur ialah Nasi Lemak Ziemil Corner yang terletak di Jalan Wangsa Setia 2, Taman Melawati.

photo 1

Sampaije around 10 am, bukan main ramai orang beratur. Kalau datang sebelum pukul 9 pagi, lagila ramai yang beratur. Ada dua barisan, satu untuk makan di kedai tersebut, satu untuk tapau/bungkus di bawa pulang. Keistimewaan Nasi Lemak di sini adalah Nasi Lemak nya dikukus, ayam kampung, dan sambalnya memang menyerlah.

photo 3 (2)

Seberang jalannya nampak KWSP dan Manjaku. Kalau dari Wangsa Maju, jalan sebelum nak ke MRR2. Terletak di sebelah simpang 3.

[+] Rahsia Panduan Bisnes Burger -Ebook Terlaris Panduan Jana 5 Angka Sebulan dengan Bisnes Burger
photo 5

Kak, bungkus nasi lemak 3. Kuah asing, ayam 3 ya? . Salah satu favourite kedai untuk pekena nasi lemak di hujung minggu.
photo 4

Sampai banyak lauk dah habis. Tinggal sotong, ayam goreng, dan daging. Kalau datang awal, ada kerang, paru, dan pelbagai lagi.

photo 4 (2)

Jemput makan. Telur rebus sendiri.Jimat sikit + dah habis di kedai. Hehehe.

photo 5 (2)

Inilah Nasi Lemak Kukus + Ayam Kampung Goreng. Serius terangkat. Rating saya 8.5/10. Sedap dan kena dengan selera kami seisi keluarga.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Nasi Lemak Sedap di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.