Me’nate Steak House – Steak Terbaik di Kuala Lumpur

Tergoda dengan gambar Steak yang dikongsikan oleh Puan Amiza @ CEO Ephyra, saya mengambil keputusan singgah di Me’nate Steak House, Setapak di hari Anniversary ke 7 kami semalam. Mencari kelainan di hari istimewa.

Me'nate Steak House Setapak 2

First impression, quite impress. Restoran agak bersih. Staff agak peramah dan tersenyum menanti pengunjung.

Me'nate Steak House Setapak 3

Tengok harga, terbeliak sekejap biji mata. Range harga untuk steak kambing/lembu dari RM40+ sehingga ratusan ringgit bergantung kepada bahagian yang dipilih. Takpelah, bukan selalu, on special occasion, apa salahnya kan?

Me'nate Steak House Setapak 4

Pilih-pilih. Nampak agak segar bahagian daging. Boleh pilih sendiri dah siap tag harga termasuk masak. Senang nak buat keputusan. Saya membuat keputusan untuk memilih Lamb Rack. Isteri pula memilih Chicken Grill .

Me'nate Steak House Setapak 5

Mari kenali bahagian daging lembu. Sirloin, Rib, Flank, Plate, Shank. Banyak nama rupanya. Hehehe.

Me'nate Steak House Setapak 7

Menu. Selain steak ada pelbagai menu lain yang boleh diorder antaranya spageti, meatball, french fries, dan pelbagai lagi. Pilih je yang berkenan di hati.

Me'nate Steak House Setapak 10

Ini pilihan isteri. Quarter Chicken (RM12) . Kena dengan selera isteri.

Me'nate Steak House Setapak 13

Ini pilihan saya. Lamb Rack (RM56). Fuhh, memang sangat sedap. Dagingnya yang lembut, tidak hanyir, dan menyelerakan. So far, antara steak terbaik yang pernah saya try. Berbaloi bayar lebih RM50. Isteri yang ada darah tinggi pun turut berselera menjamah sama. Yummy, yummy, keenakannya memang terserlah. Rating saya berikan 8.5/10.

Me'nate Steak House Setapak 14

Juadah kami berdua. Tambah black pepper sauce (no charge). Air pula free flow kalau ambil set steak. Macam Isteri boleh tambah dan refill air, bayar sekali saja. Quite nice. Yang bestnya lagi tiada service charge dan goverment tax dikenakan. Dapat diskaun lagi ie jumlah saya RM73.90 digenapkan kepada RM73 sahaja.

Me'nate Steak House Setapak 16

Yummy. Next time memang akan saya singgahi lagi. Hopefully dari segi rasa dan perkhidmatan diteruskan kecemerlangannya. Jangan nanti dah ramai orang, kualiti kurang terjaga pula ya?

Me'nate Steak House Setapak 17

Memang meriah. Isteri terkebil-kebil bila ada seorang pengunjung bilnya melebihi RM1,000. Mungkin yang saya nampak sebelum itu. Datang 15 orang. Nampak dia tersenyum-senyum, puas hati nampaknya dengan makanan yang disediakan.

Me'nate Steak House Setapak 18

Action speak for itself. Habis licin. Memang  personally, so far, ini restoran terbaik untuk menikmati Steak. Overall rating, 8.5/10. Highly recommended to all.

 [+] Rahsia Bisnes Burger – Ebook Terlaris Panduan Jana 5 Angka Sebulan dengan Bisnes Burger

Me'nate Steak House Setapak 1
Restoran Me’nate Steak House D-02-01 Starpac Point Jalan Genting Klang, Taman Ibu Kota 53300 Setapak, Kuala Lumpur 03-4251 3460

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Kuala Lumpur saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Me’nate Steak House – Steak Terbaik di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.