Kedai Makan Melayu vs Kedai Makan Cina

Tertarik dengan perkongsian entri Food Court Melayu vs Cina , saya kongsikan pengalaman saya singgah di Kedai Makan Melayu, salah satu kedai makan yang boleh saya katakan saya singgahi setiap minggu for the past few years. Normally, saya dan rakan sekerja singgah sebelum solat jumaat –

kedai makan melayu

Tipikal restoran melayu.. Kena halau bila order air je kedainya.. Padahal ble katakan tiap2 minggu kami regular makan di gerainya.. Hari ni rasa nak tukar selera, order kedai lain tapi still minum kedainya.. Sorry bang, boss kami marah.. Abg pi duduk sana je lah.. Macam mana nak maju bila customer pun dihalau????

Agak kecewa kerana boleh katakan setiap minggu kami makan di sini, regular customer dan saya juga turut kongsikan salah satu makanannya di entri saya sebagai salah satu makanan/tempat makan best di Kuala Lumpur. Saya turut kongsikan pengalaman saya di Facebook dan ini antara feedback rakan-rakan:

“kami pernah kena lbh kurang mcm ni juga dulu,geram btl, terus kami bangun & tingalkan makanan yg tak sempat nk mkn lg dan blah tak bayar pun, isunya dia kata “akk kalau duduk kat sini tak blh order makanan kedai lain” g ramai2, ada yang nak order kedai lain, biasa la kan, tapi tak blh katanya, mmg melampau la…tak hadap nak makan kedai dia lagi….” – Malarang Kak-

”Β  Oooo dh pernah kena” – Redzuan

“itu laa beza mentaliti org melayu berniaga ngan cina berniaga..” – Fazrol

saya pernah ada pengalaman hampir sama macam ni tapi lain situasi. Ceritanya begini, ada 2 kedai makan, masing masing kedai makan ni bertentangan satu sama lain yang dipisahkan oleh jalan raya. Saya pergi makan kedai A, tetapi kedai A punya parking dah penuh, jadi saya parking di Kedai B. Tidak lama selepas itu, owner kedai makan B datang jumpa saya di kedai A, suruh saya alihkan kereta saya di kedai B beliau dan suruh saya parking di kedai A. Nak tahu apa dia kata? “Makan kat kedai sini, parking kat sini lah, jangan parking kat kedai lain!”, perghhh menyirap darah, tp malas nak gaduh, pergi alihkan kereta selepas tu, dalam hati, melayu dengan melayu pun nak berkira, bukan sengaja, parking penuh punya pasal, adoiii” Β – Azuan-

“PENIAGA NI KEDAI JE SEBELAH SEBELAH PADAHAL SALING MASAM MUKA… SBB PELANGGAN SANA LEBIH RAMAI DARi PELANGGAN KEDAI DIA… DENGKI” – Potia-

Dapatkan di Sini –> Panduan Memasak Kek Coklat Yang Sedap

Kedai Makan Cina
Kredit gambar – Bangsarbabe.com

Jauh bezanya jika dibandingkan dengan Kedai Makan Cina i.e. yang berdekatan dengan rumah Eyriqazz. Pelbagai gerai makan dibuka namun saya perhatikan customer bebas untuk duduk di mana-mana. Ada yang saya perhatikan instead of order satu makanan, order pelbagai makanan dan juga minuman. Peniaga pun untung, gerai sentiasa nampak penuh dan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang. End result, both peniaga makanan mengaut keuntungan apabila lebih ramai pelanggan datang dan menikmati makanan dan minuman.

Saya akui tak semua peniaga melayu sebegini tapi agak ramai yang sebegini. Kenapa perlu mentaliliti sebegini? Apa salahnya saling bantu membantu dan dapatkan customer. Hatipun semakin tawar, mungkin selepas ini gerai makan ini bukan lagi menjadi pilihan utama kami dan entri sebelum ini mempromosikan gerai makan tersebut akan saya deletekan di blog saya ini. Niat ingin membantu tolong promosikan sekali, tapi bila regular customer pun kena halau. serius, WTFISSSHH!!!.

P.s : Pernah alami pengalaman macam saya? Kongsi-kongikan…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Kedai Makan Melayu vs Kedai Makan Cina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.