Laguna Biru Sungai Buloh – Fasa 2

Weekend lepas sempat singgahi MAPEX ( Malaysia Property Expo) di Midvalley. Almost semua property di sana boleh dikatakan “Rumah Mampu Tengok” dengan range harge RM400K+ sehingga beberapa juta. Namun, ada satu projek property yang menarik hati saya yang boleh saya katakan rumah mampu milik:

Laguna Biru Sungai Buloh Fasa 2
Laguna Biru Sungai Buloh Fasa 2

Sedikit Info pasal projek ini –
1) Projek dari Syarikat Perumahan Nasional Berhad
2) Harga dari RM145,000 – RM166,000
3) Terletak di Kuang, mukim Rawang, lebih kurang 6km dari Bandar Baru Sungai Buloh, 20km ke Shah Alam dan 34 km ke Kuala Lumpur
4) 3 bilik dengan total keluasan 850 kaki persegi
Laguna Biru Sungai Buloh Fasa 2 1

Syarat-syarat Kelayakan :
1) Warganegara Malaysia
2) Pembeli Rumah Pertama
3) Individu Berumur sehingga 35 tahun
4) Pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 (perseorangan)
5)Pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000 (seisi keluarga)
6) Sah dalam jawatan dengan majikan sama tidak kurang 6 bulan
7) Tidak disenarai hitam dari mana-mana institusi kewangan

Sayang, bagi saya semua syarat dah lepas kecuali Syarat No. 2. Bagus juga dia meletakkan syarat tersebut, supaya lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli rumah pertama. Harga pun saya tengok agak menarik. Agak murah jika dibandingkan dengan harga property kini.

Personally, kalau saya layak, memang saya angkat property ni. Either untuk duduk or Investment for future. Nasihat saya, kalau berminat dengan property ini, tingkatkan ilmu dan ketahui Selok Belok dari Segi Guaman dan juga Apa yang Bank tengok untuk Luluskan Pinjaman Rumah

Faktor lokasi mungkin nampak agak jauh dari KL, namun dengan kemudahan lebuhraya kini dan harga property yang melambung naik, saya rasakan projek Laguna Biru Sungai Buloh  boleh dipertimbangkan. Info lanjut pasal property ini bolehla hubungi Pejabat Jualan (03-60343276) , Zailani (0192661454) atau Eizwa (01132558455)

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Laguna Biru Sungai Buloh – Fasa 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.