Bajet 2015 – Apa Yang Middle Income Dapat?

Tak sempat nak tengok live Bajet 2015 semalam. Pagi ni pun sempat baca Ringkasan Bajet 2015 je dari blog Sharinginfoz. Melalui blognya dan Mysumber.com :

Bajet 2015 - Apa Yang Middle Income Dapat?
Bajet 2015 – Apa Yang Middle Income Dapat?

Saya kategori Middle Income, so saya cuba summarizekan apa yang saya dapat melalui bajet 2015 kali ini. 

1) Skim Rumah Belia – Belia berkahwin berumur 25-40 tahun serta pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000: Skim pemilikan rumah pertama kurang daripada RM500,000
Komen Eyriqazz :  Kami tak dapat kerana dah ada rumah pertama walaupun isi rumah kurang daripada RM10,000

2) Meneruskan bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang
Komen Eyriqazz : Tak dapat, anak-anak belum bersekolah

3) Seragam harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia – Tambah 20 lagi kedai di Semenanjung
Komen Eyriqazz – Jarang shopping kedai rakyat 1Malaysia. Harga lebih kurang di Mydin je. Ehh, memang Mydin punya pun kan?

4) Sistem Pengangkutan Awam – Bas luar bandar ke bandar dengan diskaun bulanan sebanyak 30% bagi Rawang-KL, Klang-KL dan Seremban-KL
Komen Eyriqazz – Dah lama tak naik bas + memang duduk KL je

5) Rumah PR1MA – Bina 80,000 rumah PR1MA: Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Had kelayakan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000
Komen Eyriqazz – Rasanya still tak dapat kerana untuk pemilikan rumah pertama sahaja kalau tak silap

6) GST:

Meluaskan skop barangan dikecualikan GST termasuk roti putih, serbuk kopi, bahan bacaan dan suratkhabar
Menaikkan kadar pengunaan elektrik yang dikecualikan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
Pelepasan GST terhadap RON95, diesel dan LPG

Komen Eyriqazz – Necessity item. Memang patut dikecualikan GST. Kos belanja tahun depan bakal meningkat , estimate around 10-30%. Kenaikan gaji estimate bawah 10%. Overall impak, GST semakin membebankan kami seisi keluarga. Percentange increaase in expenditure > increase in income (gaji tetap). 

7) Cukai pendapatan individu , Dikurangkan antara 1%-3%
Komen Eyriqazz – Dapat juga. Potential saving around RM50-RM200

8) Diskaun 20% diberikan kepada peminjam PTPTN bagi bayaran lump-sum atau sekaligus sehingga 31 Mac 2015
Komen Eyriqazz – Tak mampu nak bayar lump sump pinjaman PTPTN isteri. Boleh apply pinjaman peribadi dari goverment tanpa faedah tak?

9) Cuti menjaga anak tidak terikat kepada cuti bersalin berkuatkuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad bagi tempoh 1 tahun

Komen Eyriqazz – Masih samar-samar dengan apa maksudnya? Adakah kalau ambil cuti setahun gaji masih berjalan?. Hohohoho

10) Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
Komen Eyriqazz – Tetap kena GST

11) Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan
Komen Eyriqazz – Rezeki buat Isteri

Overall Impak, saya perhatikan dengan implementation of GST, kos sara hidup kami sekeluarga tahun depan bakal meningkat. Kena pertingkatkan usaha untuk mencari sumber pendapatan lain i.e. Buat Duit dari Rumah dan juga kena lebihkan usaha untuk kurangkan perbelanjaan. Bukan sesuatu yang mudah tapi ianya kena dilakukan bagi golongan middle Income macam kami.

Kalau gaji RM6,500 pun terpaksa ikat perut, bagi saya yang gaji lagi rendah dari itu nampaknya kenala ikat nafsu.

P.s : Apa pula pandangan anda? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

44 thoughts on “Bajet 2015 – Apa Yang Middle Income Dapat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.