Program Ibadah Qurban/Akikah Hari Raya Qurban 2014

Hari raya haji qurban/aidiladha bakal disambut pada 5 October 2014 (Ahad) tahun ini. Tentu ramai yang merancang untuk pulang ke kampung bertemu sanak saudara pada hari raya aidiladha nanti. Tak lupa juga, tentu ramai yang bercadang untuk melakukan Ibadah Qurban/Aqiqah Aidil Adha tahun ini.


Antara Kelebihan Ibadah Qurban – 

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

 

Qurban

Bagi yang merancang untuk melakukan Ibadah Qurban tahun ini, saya syorkan melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja. 

Antara sebab lain kenapa disarankan melakukan Ibadah Qurban di Kemboja :

1) Membantu umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan
2) Membantu ekonomi Umat Islam kemboja. Ibadah Qurban yang dilakukan oleh Equrban , ianya adalah satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja untuk Qurban dengan menggajikan penduduk Islam tempatan Kemboja untuk menternak lembu dan kambing tersebut untuk ibadah qurban. Berapakah Harganya untuk melakukan Ibadah Qurban melalui Equrban ini :

1) 1 Bahagian lembu berharga RM280
2) 1 ekor kambing berharga RM550
3) 1 Ekor Lembu berharga RM1,960

img_3434

Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :

  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban

Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. In Shaa Allah, niat kita untuk berqurban/aqiqah di samping membantu umat Islam di Kemboja semoga dirahmati Allah. Info Lanjut berkenaan Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja  bolehla layari laman web eQurban.com
qurban di Mekah dan Indonesia
Selain itu, pihak eQurban juga turut menjalankan Qurban Kambing di Mekah pada harga RM400 seekor dan Indonesia pada harga RM550 seekor. Tarikh tutup Tempahan Qurban 2014 adalah pada 30 September 2014

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Program Ibadah Qurban/Akikah Hari Raya Qurban 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.