Pengalaman Berniaga Burger di Sekolah

Teringat dulu zaman sekolah menengah , di Sekolah teknik, pernah  berniaga BurgerMemang lumayan hasil berniaga burger, modal yang rendah, untung lebih dari 100%. 

Pengalaman pertama semasa saya menjadi Presiden Kelab Persatuan Perdagangan dan Pengguna. Time induction, persatuan sekolah dibenarkan untuk berniaga lebih kurang setengah hari. Kami memilih untuk berniaga burger. Modal adalah dalam 40-60 sen sebiji burger. Dijual pada harga RM1.50 sebiji. Peralatan berniaga burger pinjam dengan cikgu dan koperasi sekolah. Untung kasar dalam 5-6 jam berniaga burger time tu, adalah dalam RM300+. Fuhh, lumayan juga kan?

Pengalaman kedua pernah saya ceritakan pada entri Bijak Merebut Peluang . Jual burger time weekend di asrama sekolah. Semalam dapatla untung dalam RM300-RM500 di dalam tempoh 3-4 jam yang dibenarkan oleh pihak sekolah ketika hujung minggu sahaja iaitu Hari Jumaat dan Hari Sabtu selepas Solat Isyak.  Syiok kan? Siapa cakap berniaga burger tak boleh untung banyak. Darabla sendiri.

Teringat pula seorang anak muda yang pernah berniaga burger tak jauh dari tempat tinggal kami dulu. Believe it or not, dia cakap, jual burger ni boleh dapat dalam RM100-RM500 semalam untung bersih. Siap dia ada dalam 5 stall burger especially dekat lokasi tempat tinggal student universiti. Hire budak-budak uni secara part time, bayar mereka dalam RM30-RM100 semalam.

Simple maths , Pendapatan kasar RM300 semalam x 30 malam x 5 stall = RM45,000 sebulan. Tolak kos bayar upah penjaga stall dan bahan mentah etc, rasanya masih lagi dia untung dalam RM30K sebulan. Fuhh, mengalahkan gaji big boss di syarikat saya.

Berminat nak berniaga bisnes burger? Boleh dapatkan  Panduan Lengkap Bisnes Burger . Kalau tak konfiden, boleh mulakan secara kecil-kecilan i.e. bermula jual 100 biji burger dahulu. Orang datang, barula buat dan jual kan? 

Banyak peluang terhidang jika rajin berusaha. Dulu masa zaman sekolah, tak sangka jual burger pun boleh dapat hasil yang lumayan. Dah cuba sendiri, barula percaya. Maybe one day, ada syarikat Malaysia yang mampu menandingi syarikat seperti Mc Donalds etc kan i.e. seperti Ramly Burger yang semakin mendapat tempat. Mereka pun bermula dari bawah sebelum berjaya kini.

P.s : Saya kongsikan satu Tips Murah Rezeki iaitu Ibadah Qurban . Pengalaman tahun lepas, dimurahkan rezeki isteri menang contest RM25,000 cash.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Pengalaman Berniaga Burger di Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.