Masalah Kewangan – Patutkah Pergi AKPK

Beberapa hari lepas saya menerima mesej dari seorang pembaca tentang Patutkah dia pergi berjumpa AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) berkenaan pinjaman peribadinya. Begini lebih kurang mesej nya :

“Sy ade mslh bkaitan personal loan. Sy dpt kol dr kudrat ( agent kutip hutang yang dihire oleh Ambank) utk byr abis loan sy dgn ambank. Sy bhutang rm33 k..ttunggak krn sy tpkse resign..lbh kurg stahun lalu.Bile sy kol ambank..staff sne kata sume data akaun dh dserah pd kudrat utk tindakan selanjutnye.Tp kudrat bln pguam..dia debt collector…Loan lbh kurg nk abis lg 7 8 thn.Agak2 ade pnyelesaian x. Dlu sy gov servant..tp dh resign..oct thn lps..”

Additional inf0 – Suami pembaca saya ini bekerja sebagai seorang polis. Selain daripada Personal loan Ambank, akak ini turut ada personal loan dari BSN dan X Bank. Jumlah bayaran bulanan untuk BSN dan X bank adalah lebih kurang RM1,300 sebulan”

AKPK
Fuhh, finally saya mencadangkan pembaca saya ini untuk berjumpa AKPK . 

Apakah itu AKPK?

– Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:

  • Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit
  • Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
  • Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

Info lanjut -> http://www.akpk.org.my

Kenapa saya mencadangkan AKPK?

1) Pembaca menemui jalan buntu i.e. cubaan berunding dengan pihak Ambank ditaichikan kepada Kudrat (Debt Collector). Debt collector kerap menelefon dan memberikan amaran melalui telefon i.e. akan ada perintah mahkamah, bankrupt, etc. Urrm, agak kurang beretika cara dia mengutip hutang pada pandangan saya.
2) Servis AKPK adalah percuma dan AKPK sudah banyak membantu pengguna yang di dalam masalah kewangan dengan menjadi orang tengah untuk berunding dengan pihak bank. Normally, pihak AKPK akan mengusulkan sesuatu yang tidak membebankan peminjam i.e. dengan restructurekan loan, revise kadar interest kepada yang lebih rendah, ataupun extendkan tenure supaya pemimjam mampu membayar mengikut kadar semasa.
3) Track record yang memuaskan dan ini adalah jalan terakhir dan terbaik yang saya rasakan untuk pembaca saya ini yang sekarang hanya suami sahaja bekerja.

Masalah pinjaman jangan pandang main-main. Bank memang akan nice bila kita nak meminjam. Bila tak bayar, memang bank akan ambil tindakan untuk recover balik pinjaman tersebut. Seboleh-bolehnya pelajari dan pelengkapkan ilmu tentang kewangan peribadi sebelum membuat sebarang pinjaman. Sebagai contoh, jika mahu membuat pinjaman rumah, cari informasi berkenaan pinjaman rumah i.e. Rahsia Pinjaman Rumah agar tidak mengambil keputusan yang silap ataupun deposit rumah ‘forfeit’ apabila pinjaman rumah tidak diluluskan.

Baca juga perkongsian menarik rakan blogger –> Jangan Takut dengan AKPK

P.s : Dilema loan dengan bank dan perlukan khidmat nasihat? Contact AKPK di 03-2616 7766

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

52 thoughts on “Masalah Kewangan – Patutkah Pergi AKPK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.