Ejakulasi Pramatang – Malu Bertanya, Sesat Jalan

 

PE 2

Ejakulasi Pramatang (Premature Ejaculation) atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, ‘pancut awal dari yang sepatutnya ketika melakukan hubungan seks’. Mengikut laman web Control PE ,1/3 dari lelaki di Asia Pasifik mengalami masalah ini yang menimbulkan masalah dalam hubungan intim suami isteri. Jika ianya tidak dirawat atau mendapatkan bantuan, hubungan intim mungkin terganggu. Masalah sebegini jangan dipandang ringan, ada golongan isteri yang meminta cerai etc kerana tidak berpuas hati di ranjang atas masalah ejakulasi pramatang yang dialami oleh pihak suami.

PE 3

Kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.Malu menyelesaikan masalah datang. Jika tidak dapatkan bantuan, masalah yang lebih rumit akan mendatang. Masalah Ejakulasi Pramatang ini juga boleh membuatkan golongan suami hilang keyakinan untuk bersama dan boleh menyebabkan masalah rumahtangga yang lain.

Setiap masalah, ada penyelesaiannya :

PE 4
” ”If you suspect you may have the condition, you can take the Premature Ejaculation Diagnostic Tool (PEDT Quiz). This will help you decide whether you need to see a doctor for a diagnosis and effective treatment.””  Jika segan untuk berjumpa doktor, boleh cuba check melalui laman web di atas dengan menjawab beberapa soalan yang diberikan. Boleh diagnose dengan KLIK SINI

Dalam website ini, juga terdapat satu “clinic locator” di mana anda boleh cari klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

PE

 

Saya dah test. Alhamdulillah, tiada masalah Ejakulasi Pramatang or Premature Ejaculation (PE). Banyak informasi dikongsikan di laman web tersebut selain dari informasi Premature ejaculation antaranya cadangan, nasihat, dan pelbagai lagi bagi membantu individu yang mungkin/mengalami masalah ini.

Info lanjut boleh layari laman web http://www.controlpe.com.my/


Inner Hero

Tambahan dengan www.controlpe.com.my, kempen Be Brave dilancarkan baru-baru ini untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan yang mengalami kondisi PE ini untuk bersuara tentang keadaan kesihatan mereka dan mendapat bantuan dari para profesional.

Kempen ini membawa para pasangan untuk BERANI-LAH untuk membebaskan diri daripada terus berdiam diri tentang kondisi ini. Jadi bagaimana kempen ini boleh membantu?

Salah satu inisiatif kempen ini adalah kuiz online di www.bebrave.my di mana anda boleh mengetahui “hero dalaman” anda. Kuiz ini dicipta untuk merekakan suasana menyeronokkan untuk mereka yang memainkan kuiz ini sambil mengurangkan ketegangan akibat kondisi ini. Kuiz ini boleh dimain oleh para lelaki (untuk mengetahui “wira dalaman” mereka) dan para wanita ya (untuk mengetahui “wira dalaman” pasangan mereka).


Inner hero 3

Antara soalan yang ditanyakan. Ala-ala romantik gitu. hehehe.

Inner hero 4

Saya adalah Justice Shield. This one has fire and it drives everything he does!. Di hujung kuiz ini anda akan nampak satu “call-to-action” butang di atas sebelah kanan, ahhh, klik dekat sana untuk mendapat maklumat lanjut tentang PE yang kita bincangkan tadi.

Tajuk di atas agak Taboo bagi rakyat Malaysia especially i.e. dalam membincangkan masalah berkenaan “seks” secara terbuka. Namun, jika ianya tidak dirawat, tentu ianya akan lebih memudaratkan yang boleh memberikan kesan yang lebih negatif dalam kekeluargaan. Malu bertanya , sesat jalan. Malu menyelesaikan masalah, masalah mendatang. Malu nak jumpa doktor, boleh rujuk website http://www.controlpe.com.my/ sebagai panduan.

Ejakulasi Pramatang masalah lelaki
Hubungan intim menjadi sepi
Setiap masalah boleh diatasi
Control PE silala layari

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

6 thoughts on “Ejakulasi Pramatang – Malu Bertanya, Sesat Jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.