3 Tempat Menarik di Melaka

Short vacation ke Melaka,sempatla bawa isteri dan keluarga bercuti di Melaka sebelum cuti sekolah habis.

Cuti Cuti Melaka 2014 3

1) Tempat Menarik Pertama – Agro FarmStay, Melaka

Kami menginap di Agro FarmStay, Melaka. Bilik 2 katil double decker dan 2 katil single. Anak-anak excited, pengalaman pertama menginap ada katil double decker.

Cuti Cuti Melaka 2014 8

AgroFarmStay @ Skill-Tech Bloggers Day. Kata-kata aluan buat rakan-rakan bloggers yang datang dari Pengarah Agro FarmStay, Encik Ahmad Bashiruddin. First impression, nampak agak skema. Dah kenal dan borak-borak, happy go lucky dan berfikiran ke hadapan. Medium blogging memang boleh membantu memasarkan dan mempromosikan tempat sebegini dengan kos yang lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan iklan tv, radio or suratkhabar.

Cuti Cuti Melaka 2014 12

Blogger Ben Ashaari, pembuka bicara buat rakan-rakan bloggers. Salah seorang rakan bloggers yang cukup saya kagumi. Tidak sombong dan telah banyak membantu ramai rakan-rakan bloggers naik bermula dari A sehinggalah menjadi salah seorang Top Bloggers Malaysia. Kelab Blogger Ben Ashaari yang diilhamkan dari ideanya, telah banyak membantu dan merapatkan hubungan sesama bloggers. Good job bro. 

Cuti Cuti Melaka 2014 16

Salah satu kelebihan di bercuti di sini. Percutian ala-ala kampung dengan suasana kampung. Pagi-pagi dapat melihat itik-itik dan pemandangan kampung yang menghijau.

Cuti Cuti Melaka 2014 17

Acara teambuilding pun sesuai diadakan di sini dengan pelbagai aktiviti outdoor yang boleh dilakukan.


Cuti Cuti Melaka 2014 24

Jiwa tetiba rasa muda dapat join rakan-rakan bloggers main pelbagai games yang dianjurkan di hari kedua antaranya boling kelapa, sambut belon air, etc. Boleh baca entri rakan bloggers ini untuk lebih lanjut –> Sukaneka di AgroFarmStay Melaka

Cuti Cuti Melaka 2014 30

Swimming pool pun ada. Heheh, kali ini tak sempat mandi swimming pool. Anak-anak sempat juga mandi swimming pool .


Cuti Cuti Melaka 2014 38

Kuda, antara binatang yang turut dipelihara di sini. Yang ni Jantan nama diberi.

Murakan2 blogger

Antara rakan-rakan bloggers yang turut serta (Kredit gambar Kelab Blogger Ben Ashaari )

2) Tempat Menarik Kedua – Ikan Bakar Muara Sungai Duyong

Sambil-sambil bercuti di Melaka, sempat juga singgah beberapa tempat menarik di Melaka, i.e. tak sah kalau tak pekena seafood kan? Kali ini saya dan family menyinggah di Muara Sungai Duyong. For me, personally tempat ini, seafoodnya lebih sedap jika dibandingkan di Umbai, Melaka.

Cuti Cuti Melaka 2014 72

Favourite saya, Pepahat.

Cuti Cuti Melaka 2014 74

Taknak hampakan biras yang tengah pregnant, mengidam lala. 

Cuti Cuti Melaka 2014 75

Ini pilihan isteri, Prawn Butter. Serius yummy.

Cuti Cuti Melaka 2014 76

Ketam masak cili. Pilihan isteri juga. Add on , ikan bakar size besar untuk juadah 4 orang dewasa.

Cuti Cuti Melaka 2014 84

Action speak for itself. Licin. Total kos, RM130+. For me, agak berpatutan dengan pelbagai pilihan seafood, air 2 juga, nasi dan juga nasi lemak. Adik ipar puas hati, kami pun sama.

Cuti Cuti Melaka 2014 94

Kenyang perut ,puas hati. Balik tidur lena. Anak-anak bukan main seronok dapat tidur katil double decker. 

3) Tempat Menarik Ketiga – Klebang Original Coconut Shake

Cuti Cuti Melaka 2014 99

On the way balik KL, sempat menyinggal pekena Coconunt Shake Pantai Klebang. 

Cuti Cuti Melaka 2014 108

Indah Khabar, Indah rupa. Memang sedap. Siap saya dan isteri order dua gelas seorang. Hehehe, habis licin.

Cuti Cuti Melaka 2014 111

Kalau nak bungkus beratur di luar. Memang ramai orang berkunjung. Harga pun berpatutan. Special RM2.20 (makan di dalam), RM2.50 untuk yang bungkus bawa balik.

Gembira Percutian di Melaka. Salah satu destinasi wajib bagi kami sekeluarga setiap tahun. Entri penuh akan menyusul kemudian jika tiada aral melintang.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Melaka saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “3 Tempat Menarik di Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.