Bijak Merebut Peluang

DSC00352

Ada pepatah Melayu berbunyi, Di Mana Ada Gula, di situ ada semut yang membawa maksud Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul. Bijak penjual aiskrim ini merebut peluang, sejurus habis Acara Sukan CIC 2014 di Stadium Titiwangsa, mereka terus bergegas ke pintu utama di mana ibubapa dan anak-anak dalam perjalanan pulang. Rezeki, memang ramai yang singgah dan membeli. Bijak merebut peluang, salah satu rahsia untuk berjaya dalam perniagaan.

Teringat pula ketika zaman sekolah menengah. Kami Pengawas Sekolah mengambil keputusan untuk buat Bisnes Burger ketika hujung minggu. Memang lumayan hasilnya, menjual kepada rakan-rakan sekolah di dewan makan , 2 hari seminggu. Modal sebiji burger dalam RM0.50 – RM0.80. Dijual sebiji dalam RM2. Semalam dapatla untung dalam RM300-RM500 di dalam tempoh 3-4 jam yang dibenarkan oleh pihak sekolah ketika hujung minggu sahaja iaitu Hari Jumaat dan Hari Sabtu selepas Solat Isyak. 

Memang lumayan hasilnya, almost setahun kami berniaga Burger, dapatla untung dalam RM10 ribu lebih. Duit tersebut la yang kami gunakan untuk Rombongan/Percutian Pengawas ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. First time keluar Terengganu dan melihat negeri orang. 

Rezeki ada di mana-mana jika kita rajin berusaha dan merebut peluang. Bisnes Burger tepi jalan misalnya, mampu menjana 3-4 angka sehari jika kena caranya. Cuma, kenala rajin dan belajar Tips dan Cara Bisnes Burger dijalankan. Dah ada ilmu, mudahla untuk langkah seterusnya kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Bijak Merebut Peluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.