Bahaya ke Identiti Dicuri?

80a5a038b06e4df5f64fc13291aae380_XL

Saya digelar penakut kerana tidak menyahut Cabaran Viral Kad Pengenalan/Lesen Memandu . Saya faham cabaran ini sekadar suka-suka dan for fun. Saya tidak salahkan sesiapa yang menyahut cabaran dan buat kehidupan facebook quite happening. Namun, masing-masing ada pilihan mereka sendiri untuk menyahut or tidak cabaran tersebut.

Saya berikan sebab saya kenapa saya tidak mahu menyahut cabaran ini. Saya risau jika ianya membawa kepada Identiti dicuri.  For me, mencegah lebih baik dari mengubati.

“More than 1,000 people have. Identity theft is a major crime in Malaysia costing millions of ringgit. Your identity might be stolen for someone to commit financial fraud and other criminal activities involving car and housing loans, credit card transactions, mobile phone bills, property deals and company registrations. Many have fallen prey to fraudsters using their identities.” – New Straits Times – ID theft: Have you been stolen?

Saya sendiri pernah identiti dicuri hanya kerana terlupa nak crosskan IC tersebut semasa apply kredit kad…Staff bank tersebut applykan ‘kredit kad’ yang itu dan juga yang lain for me….Bukan setakat ic saya dicopy, signature saya pun ditiru…Telefon mula2 taknak ngaku..Bila saya katakan nak adukan kepada BNM, barula staff wanita di bank terkemuka tersebut mengaku dan merayu agar saya tidak melaportkan kes tersebut..Andai saya laporkan, sudah pasti dia dibuang kerja…..

Saya kongsikan pengalaman macam mana ID ini boleh dicuri :

1) Kerja orang dalam
– I.e. cam kes saya pegawai bank tersebut. Dah dapat salinan IC saya, the rest adalah mudah. Dalam borang permohonan saya, sudah ada semua details lain i.e. alamat, nombor telefon, IC number, copy signature dan etc. Ye, masa kerja di Commercial bank dulu, memang ada staff yang tidak beretika yang menjual maklumat peribadi pelanggan bank terutamanya nombor telefon, jenis pekerjaan, dan etc. Tentu korang pun pernah menerima panggilan telefon yang mengajak korang join insurans, etc kan? Agak-agak dari mana mereka dapat nombor telefon anda?

Plusmiles

2) Informasi yang anda berikan
– I.e. informasi yang anda berikan ketika menyertai contest, membership program disalahgunakan oleh staff or pihak yang tidak bertanggungjawab. Contoh Term and Condition Plusmiles Point yang membenarkan mereka menggunakan data anda untuk dikongsi bersama participating partners/banksin, etc. So, most of the data actually tak susah nak dapat kalau “pencuri identiti’ tersebut nak guna data anda. Now tentu anda lebih faham macam mana setiap bulan ada je yang telefon nak offer insurans, kredit kad, etc kan?

3) Most Important Documents – Identity Card
– Ini antara dokumen terpenting yang memudahkan kerja ‘Pencuri Identiti’. Banyak kes misalya berdasarkan pengalaman saya, identiti mereka dicuri selepas mereka kehilangan IC, tersilap nak cross IC, terlalu percayakan agen, dan perbuatan orang dalam menyalahgunakan dokumen yang diberikan. Sebab itu, jangan memberikan salinan IC anda sebarangan kepada orang yang anda kenal or tidak kenal. Sebolehnya cross IC tersebut dengan pen, dah letak remark “For Maybank Use Only ” or lebih specific “For Application for Maybank Ikhwan Credit Card” only…

Sepanjang pengalaman saya bekerja sebagai Ah Long di salah sebuah bank commercial dulu, memang saya encounter beberapa kes ‘stolen Identity”. Ada yang almost bankrupt. Ada yang menerima tindakan mahkamah. Ada yang duit di bank mereka dikeluarkan dan pelbagai lagi. Nak settlekan isu ‘stolen identity’ ini bukan nya mudah. Naik turun mahkamah nak buktikan kembali yang ‘fraudster’ bukannya dia yang apply etc bukan suatu yang mudah. Dokumen kena lengkap dan ada yang makan masa bertahun-tahun lamanya. 

Kongsikan gambar IC/Lesen Memandu di FB? Alah, gambar tersebut untuk rakan-rakan je. Tapi, kenalkah anda dengan rakan-rakan anda? Gambar dah ada, data boleh didapati dengan pelbagai cara. Kalau pintu rumah kita tidak dimangga, memang lebih mudah pencuri untuk masuk. 

Maaf, saya tidak kata bersetuju or tidak. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Biarla saya dikatakan pengecut dalam mencegah dalam dunia moden yang photoshop dan stolen identity ini begitu mudah untuk dilakukan lebih-lebih apabila kita memudahkan kerja tersebut.

Tepuk dada, tanya selera. Jom kita tunaikan Ibadah Qurban tahun ini. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Bahaya ke Identiti Dicuri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.