Simpanan Pendidikan RM50,000 Sebelum Anak Berusia 20 Tahun

Tertarik dengan entri Blogger Popular Malaysia, entri bertajuk 3 Langkah Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan RM50,000 Sebelum Anak Berusia 20 Tahun . Banyak betulnya yang diperkatakan dalam entri tersebut. Pengalaman sendiri, mengamalkan dua dari 3 tips yang diberikan d entri tersebut. Hasilnya :

RM7K berjaya dikumpul ketika Alisya berusia 3 tahun. Latest, duit terkumpul dalam tabung haji Alisya ketika usianya mencecah 5 tahun pada June 2014 adalah RM12K. Kalau saya terus praktikan tips menabung sebelum ini, In Shaa Allah, mampu mengumpulkan RM50K+ sebelum usianya mencecah 20 tahun. Tengah berkira-kira untuk pelbagaikan hasil dari tabungannya, antara yang bermain di fikiran adalah:

1) Beli Tanah di Kelantan untuk Alisya
– Harga tanah boleh dikatakan sentiasa meningkat naik. Tertarik dengan biras yang menggunakan duit hantaran RM10K nya untuk membeli tanah di Kelantan. Rasa teringin juga membeli tanah di Kelantan untuk Alisya. RM15K agak-agak besar mana tanah yang boleh dibeli ya?

2) Beli Rumah untuk Alisya
– RM12K ni dah boleh buat downpayment untuk beli hartanah di KL, Selangor, Kelantan mahupun Terengganu. Kalau ikutkan kelayakan, saya dan isteri rasa masih lepas utk mendapatkan pinjaman at least 90% untuk rumah seterusnya.Kalau praktikkan Rahsia Pinjaman Rumah, rasanya tiada masalah untuk mendapatkan kelulusan pihak bank. Ilmu dah ada, tinggal untuk praktikkan aja.

3) Ada cadangan lain yang lebih menarik??

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Simpanan Pendidikan RM50,000 Sebelum Anak Berusia 20 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.