Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

kastam

Tahniah buat calon yang terpilih untuk menghadiri Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41  pada 6 September 2014 nanti. Persiapan yang rapi dalam menghadapi peperiksaan penting ini adalah penting bagi meninggikan peluang untuk berjaya/lulus peperiksaan ini dan seterusnya dipanggil untuk sesi temuduga. Panduan Khas dari Team Infokerjaya yang dikongsikan pelbagai Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1) Seksyen Pengetahuan Am
2) Seksyen Penyelesaian Masalah 3) Ujian Psikometrik

KLIK untuk Pakej Rujukan Penuh Exam Kastam W41

Info Ringkas tentang Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Gaji Minimum – RM1,925

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.

Sedikit Informasi Tentang Tugasan Penguasa Kastam Gred W41:

Deksripsi Tugas

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Sumber – Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Seksyen 1 – Soalan Pengetahuan Am – Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Contoh-Soalan-Pengetahuan-Am Contoh Soalan Peperiksaan Pengetahuan Am

Seksyen 2 – Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan kemahiran menggunakan logik,  kemahiran mengintepretasi data,dan kemahiran matematik.

Contoh-Soalan-Daya-Menyelesaikan-Masalah Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen 3  – Ujian Psikometrik

Tujuan seksyen ini adalah untuk  mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Kenapa Calon Gagal dalam Peperiksaan Ini? –  Kurang persediaan, kurang membaca dan mendapatkan tips yang berkesan sebelum menghadiri peperiksaan ini terutamanya dalam menjawab soalan berkaitan pengetahuan Am. Kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan. Goyang kaki masuk dewan, kemungkinan besar tidak dipanggil untuk sesi temuduga i.e. gagal dalam peperiksaan ini.

Tips Menjawab Soalan 

Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Calon dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam, Gred W41 adalah lebih tinggi.

Panduan Lulus Peperiksaan Online  Penguasa Kastam W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 orang dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan dan telah ramai yang telah berjaya lulus peperiksaan berdasarkan panduan yang diberikan. Jualan untuk pakej rujukan ini akan  dibuka pada: 31 August – 4 September 2014

h_optin

Review Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 boleh dapatkan secara Percuma di sini –> http://bit.ly/1zQfYMd

Jika ada sebarang persoalan, bolehla e-mailkan saya di eyriqazz@gmail.com atau DM di Facebook Eyriqazz

ecover_a

   KLIK untuk Rujukan Lengkap Peperiksaan Online  Penguasa Kastam W41 

Panduan Exam pula, boleh dapatkan dengan klik banner di bawah ini :

[+]Dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.